PERANAN PENDIDIKAN SEBAGAI AGEN SOSIALISASI.
PENGENALAN
Definisi Pendidikan
Pendidikan
ialah satu usaha sistematik yang dibuat
oleh masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran
kepada ahlinya. Ia merupakan satu proses untuk
memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia
".
Menurut John Dewey, pendidikan adalah suatu proses pembaharuan makna pengalaman, hal ini mungkin akan terjadi di dalam pergaulan biasa atau
pergaulan orang dewasa dengan orang muda, mungkin pula terjadi
secara sengaja dan dilembagakan untuk untuk menghasilkan
kesinambungan sosial. Proses
ini melibatkan pengawasan dan perkembangan dari orang
yang belum dewasa dan kelompok dimana dia hidup.
Definisi Sosialisasi
Kamus Dewan mentakrifkan sosial ialah segala yang
berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala
Mohd. Salleh Lebar dalam bukunya Sosialisasi Sekolah dan Pendidikan
mentakrifkan sosialisasi ialah proses interaksi sosial yang membolehkan manusia
memperolehi personaliti atau sakhsiah dan belajar cara hidup masyarakatnya.
Proses ini berlaku secara berterusan dan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor
persekitaran personaliti merangkumi pemikiran, tahap emosi, daya kesedaran
diri, konsepsi dan lain-lain lagi. Selain
itu, sosialisasi boleh didefinisikan sebagai interaksi antara manusia sama ada
verbal atau non verbal. Apabila manusia melakukan tugasan bersama, sekalipun
tanpa interaksi, ia juga dianggap sebagai proses sosialisasi.
Menurut Peter
L. Berger, sosialisasi adalah proses dalam mana seorang anak belajar
menjadi seseorang yang berperanan dalam masyarakat. Manakala Robert M.Z. Lawang
memberi maksud sosialisasi adalah proses mempelajari nilai dan norma
yang diperlukan untuk memungkinkan seseorang dapat berperanan secara efektif
dalam kehidupan sosial. Menurut Horton dan Hunt pula, sosialisasi
merupakan suatu proses yang terjadi ketika seorang individu menghayati
nilai-nilai dan norma-norma kelompok di mana dia hidup sehingga terbentuklah
keperibadiannya. Sebagai kesimpulannya, sosialisasi adalah cara
bagaimana individu bermasyarakat dalam menjalani kehidupan sehariannya.
Sosialisasi
bertujuan untuk mengembangkan kemampuan seorang anak dalam kehidupan untuk
berkomunikasi secara efektif. Selain itu, ia juga memberikan keterampilan yang
diperlukan seseorang yang mempunyai
tugas dalam masyarakat. Proses sosialisasi ini dapat menanamkan nilai-nilai
kepercayaan kepada seseorang yang mempunyai tugas dalam masyarakat. Sosialisasi yang betul dapat
membentuk keperibadian yang unggul dalam diri seseorang.
Selain itu,
Dalam proses sosialisasi terjadi paling tidak induvidu atau anak akan mengalami
3 tahap berikut, iaitu:
1)
Mempelajari
nilai dan norma sosialogi.
2)
Menjadikan
nilai dan norma yang dipelajari sebagai milik diri.
3)
Membiasakan
tindakan dan perilaku sesuai dengan nilai dan norma yang telah menjadi miliknya.
Persoalan Sosialisasi
Persoalan sosialisasi ini
timbul apabila kurang kesedaran terhadap tanggungjawab ke atas diri sendiri keluarga
dan juga masyarakat.
Kebiasaannya, mereka yang
bermasalah ini adalah disebabkan oleh perlaksanaan sosialisasi yang tidak betul
dalam institusi keluarga. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kes penceraian. Penceraian
berlaku kerana ketidakfahaman antara pasangan dan kelalaian dalam menjalankan
tanggungjawab. Selain itu, berlaku juga pengabaian
terhadap orang tua. Hal ini kerana anak-anak menganggap org tua membebankan
mereka dan mengambil keputusan menghatar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan. Perkara yang paling
merisaukan sekarang ialah kes sumbang mahram seperti haruan makan anak dan
sebagainya.
Kepincangan yang berlaku dalam institusi
keluarga perlu ditangani segera supaya ia tidak mengancam negara. Malah institusi
keluarga sangat penting dan ia perlu dikekalkan. Institusi ini perlu diterapkan
dengan kasih sayang kerana akan melahirkan insan yang berhemah tinggi dan
berguna kepada negara.
Walaubagaimana pun pelaksanaan sosialisasi dalam
institusi masyarakat juga menghadapi beberapa masalah. Masyarakat pada hari ini
dilanda dengan pelbagai masalah dan isu sosial yang membimbangkan. Hal ini
tidak seiring dengan pembangunan negara. Setiap permasalahan dan isu ini perlu
ditangani dengan bijak dan segera oleh masyarakat, pemimpin dan negara. Masalah
yang melanda masyarakat kini adalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
Mereka terlibat dengan budaya lepak, minum arak, jenayah juvana, mengandung
tanpa nikah, buang bayi, bunuh diri, gengsterisme, seks rambang, penagihan
dadah dan sebagainya. Masalah ini boleh memberikan impak buruk kepada
masyarakat dan negara. Kesanya, masyarakat akan hidup dalam keadaan tidak
tenteram dan boleh memusnahkan masa depan negara. Mereka sepatutnya boleh menjadi teras kepada kepimpinan
negara akan datang.
Kesimpulannya, isu dan permasalah ini memerlukan langkah
pencegahan dan penghapusan dari semua pihak. Generasi muda
pada hari ini harus disedarkan dengan kesan negatif gejala sosial sejak di
bangku sekolah. Pengenalan pendidikan seks di sekolah antara langkah penting
yang dikira mampu mengatasi masalah seks rambang. Begitu juga pengenalan
Pendidikan Moral dan pemantapan Pendidikan Islam di sekolah mampu menanamkan
kesedaran awal dalam kalangan generasi muda hari ini.
PERANAN PENDIDIKAN SEBAGAI
AGEN SOSIALISASI
(i) Agen-agen sosialisasi
Kanak-kanak sejak kecil lagi telah dikelilingi oleh
agen-agen sosialisasi termasuklah ibu bapa, pengasuh dari tadika dan
juga dari keluarga yang terdekat.
Apabila mereka di bangku sekolah, agen sosialisasi telah bertambah banyak seperti sekolah sendiri,
rakan sebaya dan persatuan yang mereka ceburi.
Keluarga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tingkah laku, sikap,
nilai, motif, kepercayaan, personality dan kemahiran
yang tertentu.
Perhubungan yang baik akan membentuk ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan yang kukuh. Jean Piaget ahli psikologi
terkenal berpendapat bahawa pembentukan personality seseorang ialah berdasarkan
empat perkembangan kognitif seseorang, iaitu 0-2 tahun, 2-6 tahun, 6-12 tahun dan 12-15 tahun. Sekiranya seseorang kanak-kanak dapat
melalui perkembangan proses sosialisasi tersebut
dengan teratur maka dapatlah ia menyesuaikan
diri dengan masyarakat.
(ii) Faktor-Faktor Berlakunya Sosialisasi
- ii.i - Keluarga
Keluarga
intipati agen ssosialisasi yang paling rapat antara individu meliputi ayah,
ibu, saudara kandung yang belum bernikah dan tinggal bersama dalam satu rumah.
Menurut Gertrudge Jaedar keluarga merupakan agen sosialisasi yang paling awal
kepada anak-anak kerana anak-anak sentiasa berada dalam lingkungan keluarga
terutamanya ibu bapa mereka. Menurut George Herbert Mead, perkembangan
kanak-kanak bermula pada tahap persiapan ( Preparatory Stage ) yang mana
anak-anak mula melakukan kegiatan meniruperilaku orang terdekat meskipun
perbuatan itu tidak sempurna.
- ii.ii - Rakan
sebaya
Rakan sebaya ataupun teman sepermainan memainkan peranan
penting dalam agen sosialisasi. Ketika berada di luar rumah anak-anak akan
mempunyai kawan-kawan untuk bermain dan berkongsi pendapat. Rakan sebaya banyak memainkan peranan dalam
membentuk keperibadian seseorang individu. Dalam pergaulan anak-anak akan
memperlajari peraturan yang mengatur peranan dan kedudukan seseorang dan
mepelajari nilai-nilai yang murni dalam masyarakat.
- ii.iii - Kemajuan teknologi dan media massa
Kemajuan
teknologi membuatkan semua maklumat berada di hujung jari manusia. Kemajuan ini
telah membuatkan manusia tidak ketinggalan dalam kemajuan dunia. Dengan
kemajuan teknologi maklumat ini juga anak-anak kita mampu belajar sesuatu
apabila melihat maklumat yang terkandung dalam internet.
Media
massa juga merupakan agen sosialisasi anak- anak kerana kebanyakan setiap rumah
mempunyai tv yang menyiarkan berbagai- bagai rancangan yang boleh membentuk
perilaku anak-anak. Kanak- kanak mudah belajar melalui pemerhatian. Menurut
George Herbert Mead, pada tahap meniru ( Play Stage ) kanak – kanak akan meniru
apa yang dilakukan oleh orang dewasa dan apa yang dia lihat.
- ii.iv - Sekolah
Sekolah merupakan agen sosialisasi. Ini kerana sekolah bukan saja menjadi
tempat menuntut ilmu bahkan warganya sudah pasti akan berinteraksi antara satu
sama lain bagi memenuhi tuntutan hidup. Sosialisasi berlaku di sekolah boleh
diklasifikasikan kepada 3 cara;
pertama, interaksi murid bersama murid.
Kedua, interaksi guru bersama murid
ketiga interaksi antara kakitangan sekolah.
Proses sosialisasi berlaku apabila berlaku interaksi antara murid dengan
murid di sekolah. Proses interaksi ini boleh berlaku ketika P & P dan juga
ketika kokurikulum. Ketika P&P, murid akan digalakkan untuk membincangkan
tajuk yang diajar bersama rakan-rakannya dan membuat refleksi dan rumusan
daripada apa yang difahami dan dipelajarinya. Daripada perbincangan kumpulan tersebut, proses
sosialisasi akan terbentuk dan murid akan berkomunikasi antara satu sama lain.
Selain itu, proses sosialisasi juga boleh berlaku apabila aktiviti kokurikulum
dijalankan. Aktiviti kokurikulum adalah amat penting dijalankan di sekolah. Ini
kerana melalui aktiviti ini, murid dapat meluaskan persahabatannya bersama murid
lain berasaskan minat dan bakat yang sama. Selain daripada itu, pelajar juga
dapat mempraktikkan konsep kepimpinan yang dipelajarinya dalam bilik darjah.
Justeru itu, melalui kepimpinan persatuan, murid akan bersosialisasi dengan
khalayak yang dipimpinnya.
Proses sosialisasi juga
berlaku apabila wujud interaksi antara guru dan murid. Dalam soal ini, murid
secara tidak langsung akan mempelajari bagaimana cara untuk berinteraksi dengan
individu yang lebih tua daripadanya. Selain daripada mendidik berkaitan dengan
sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru juga seharusnya
menerapkan norma dan nilai sosial yang baik kepada muridnya. Nilai yang
diterapkan diharapkan dapat membantu muridnya bersosialisasi dengan lebih baik
dalam masyarakatnya. Guru juga diibaratkan sebagai seorang ayah dan ibu di
sekolah, justeru guru yang cemerlang adalah guru yang mampu memberikan mutiara
ilmu dan menjadi contoh teladan yang baik untuk murid-muridnya serta mampu
untuk membimbing muridnya ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Proses sosialisasi juga berlaku apabila wujud
interaksi antara kakitangan sekolah. Interaksi yang dimaksudkan adalah
interaksi keseluruhan kakitangan sekolah daripada tukang kebun, tukang masak,
tukang sapu, pembantu am rendah, pemandu, kerani, kakitangan pentadbiran,
guru-guru, penolong kanan dan guru besar. Proses sosialisasi berlaku dengan
wujudnya interaksi antara golongan yang telah dinyatakan. Hubungan yang baik
antara kakitangan sekolah akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan institusi
tersebut.
Kesimpulannya, sekolah sememangnya antara agen
sosialisasi. Kewujudannya pada hakikatnya memberikan faedah yang cukup banyak
kepada masyarakat sekitarnya. Perlu difahami, sekolah bukan hanya tempat
menuntut ilmu, bahkan adalah satu institusi yang mampu membentuk masyarakat
yang mapan melalui peranan yang dimainkannya.
(iii) Peranan Pendidikan Sebagai Agen Sosialisasi
Sosialisai
boleh berlaku samada secara formal dan tidak formal. Pendidikan sosialisasi
secara formal berlaku secara langsung di sekolah mengikut sistem yang telah
ditetapkan. Agen-agen sosialisai yang
lain seperti keluarga, media massa, dan rakan sebaya akan memberikan pendidikan
sosialisasi secara tidak langsung kepada anak-anak. Mereka boleh mempengaruhi
anak-anak dengan corak kehidupan yang mereka amalkan dan dengan apa yang mereka
tonjolkan.
- iii.i -
Peranan pendidikan secara formal sebagai agen sosialisasi
Sekolah atau dengan erti kata lain ialah tempat untuk
mendapat pendidikan secara formal. Pendidikan sekolah
adalah bertujuan supaya anak-anak mempelajari sesuatu yang baru yang belum
dipelajari dalam keluarga mahupun
kelompok bermain, seperti kemampuan membaca, menulis, dan menghitung.
Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang
manusia yang sanggup berfikir kritis dan
mempunyai daya kreatif. Sekolah juga ialah tempat untuk mendapat latihan untuk
memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Oleh itu, peranan sekolah
ialah untuk memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda, untuk
mengusai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai
untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.
Fungsi sekolah
sebagai medium sosialisasi antara lain adalah untuk mengenali dan mengembangkan
karakteristik diri (bakat, minat dan kemampuan), melestarikan kebudayaan,
merangsang peranan demokrasi melalui pengajaran ketrampilan berbicara dan
pengembangan kemampuan berfikir kritis, kreatif, rasional dan objektif, dan
untuk mengembangkan kemampuan menyesuaikan diri anak-anak.
Selain itu, di sekolah, guru bertanggungjawab
mensosialisasikan pelajarnya. Guru merupakan role model kepada
pelajar-pelajarnya. Selain member pendidikan formal seperi belajar membaca,
menulis dan mengira guru juga bertanggungjawab dalam membentuk peribadi
pelajarnya supaya menjadi insan yang sempurna dan terbaik. Guru perlu menjaga
tutur kata dan perilaku semasa berada dalam lingkungan pelajaranya supaya
perilakunya boleh diambil sebagi contoh yang terbaik.
Pendidikan mementingkan perkembangan dan perubahan
tingkah laku pelajar-pelajar mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat.
Justeru itu, pendidikan memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan
kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial. Misalnya,
perkara-perkara yang berkaitan dengan
moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya
dipelajari disekolah. Tidak ketinggalan
juga, pendidikan di sekolah secara wajarnya mengajar kebudayaan kebangsaan
seperti mencintai dan menluhurkan bendera Negara, lagu kebangsaan dan bahasa
kebangsaan.
Sehubungan dengan itu, pendidikan di sekolah bukan hanya
menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan
sahsiah yang sempurna dan memetuhi peraturan masyarakat. Bagaimanapun, pada
masa kini, masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang teknologi sadang
mengalami perubahan social yang pesat. Oleh itu, guru disekolah perlu memainkan
peranan sebagai agen sosialisasi dengan
membawa perkembangan kualiti sosial pelajar mengikut arus perkembangan masa
kini.
Sebagai kesimpulannya peranan pendidikan sebagai agen
sosialisasi adalah disenaraikan seperti berikut;
i)
Sebagai penyebar ilmu kemasyarakatnan.
ii)
Sebagai pembentuk personaliti,sahsiah sesuai dengan
norma dan nilai masyarakat.
iii)
Sebagai pembentuk masyarakat penyayang.
iv)
Sebagai penyumbang kepada masyarakat.
v)
Sebagai pembentuk kerjaya.
- iii.ii - Peranan pendidikan secara tidak formal
sebagai agen sosialisasi
- iii.ii.i
- Keluarga
Sistem sosial
yang mengisi ruang hidup setiap individu terdiri daripada masyarakat di mana
individu itu berada, budaya yang diamalkan oleh masyarakat tersebut, keluarga
yang banyak mendidik individu itu secara tidak formal dan sekolah dimana
individu itu mendapat pendidikan secara formal; kesemuanya memberi kesan terhadap
perkembangan individu tersebut.
Institusi
keluarga merupakan satu unit sosial yang memberi kesan keatas perkembangan
personaliti individu sebagai anggota masyarakat. Keluarga masih berfungsi
sebagai “transmitter” atau penyebar utama pengetahuan, sikap, nilai, moral,
prinsip, tabiat dan cara berfikir dan tingkah laku yang memberi kesan terhadap
perkembangan personaliti individu; yang akan dipindahkan dari satu generasi ke
generasi yang berikutnya.
Proses ini
berlaku melalui kata-kata dan contoh tingkahlaku, dimana keluarga membentuk personaliti
dan mengekalkan mod atau cara berfikir cara berkelakuan yang kemudiannya
menjadi tabiat. Peterson dan Rollins (1987) menamakan proses ini sebagai
‘generational transmission’.
- iii.ii.ii
- Media massa
Dalam konteks pelajaran, media massa
terutamanya televisyen mempengaruhi sikap dan tingkah
laku anak-anak. Kita dapat lihat lebih banyak masa anak-anak sekarang tertumpu kepada televisyen. Di tambah pula dengan adanya
siaran berbayar seperti Astro dan MiTV, kanak-kanak semestinya menghabiskan
masa menonton televisyen. Astro contohnya, memperuntukkan satu saluran khusus
untuk rancangan kartun semata-mata. Ini akan menghalakan
pemikiran kanak-kanak lebih tertumpu kepada televisyen daripada mengulang kaji pelajaran. Dengan itu, televisyen lebih
menarik minat mereka daripada pelajaran sekolah yang berbentuk formal dan
memerlukan mereka untuk berfikir dan melakukan aktiviti di dalam bilik darjah.
Ini akan membawa implikasi buruk yang menyebabkan mereka enggan berfikir atau
berusaha mengatasi atau mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
Keadaan ini mungkin terbawa-bawa ke
sekolah dan guru perlu membuat P&P yang lebih menarik bagi merangsang semula
minat pelajar.
Selain
daripada itu, media massa juga mempengaruhi proses sosialisasi dengan
menayangkan sesuatu iklan
dengan berulang kali sehinggakan khalayak sasaran terasa ingin mencuba. Kaedah
ini banyak digunakan di dalam media mahupun media cetak dan media penyiaran.
Bukti media massa boleh
mempengaruhi khalayak sasaran ialah bayaran iklan yang tinggi pada waktu puncak
contohnya dari pukul 7 malam sehingga pukul 9 malam. Jika kita menonton TV3
pada jam 8 malam, kita akan dapati bahawa segmen iklan kadang-kadang mencecah
sehingga 10 minit bagi satu
segmen iklan. Begitu juga media cetak, umpamanya sebagai contoh akhbar Utusan
Malaysia. Pada hari ahad kita akan dapati terlalu banyak iklan di dalamnya.
Sudah tentu, iklan pada hari tersebut lebih mahal dari hari biasa.
Selain itu, media massa mempengaruhi proses sosialisasi dengan menonjolkan seorang idola yang disifatkan sempurna. Idola ini diwarwarkan sebagai seorang yang berkarisma dan berkredibiliti tinggi sehinggakan khalayak terpengaruh dan fanatik terhadap idola tersebut. Antara rancangan yang bersifat seperti ini ialah Akademi Fantasia. Kita dapati, artis-artis yang lahir daripada program tersebut menjadi idola kepada masyarakat. Contoh artis-artis tersebut ialah Mawi, Felix dan Amylea. Peminat-peminat mereka sanggup melakukan apa saja bagi menyokong artis-artis tersebut.
PENUTUP
Di sini dapatlah kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan sosialisasi
ialah proses belajar seseorang anggota masyarakat untuk mengenal dan menghayati
norma-norma serta nilai-nilai masyarakat tempat ia menjadi anggota sehingga
terjadi pembentukan sikap untuk berprilaku sesuai dengan tuntunan atau perilaku
masyarakatnya, dimana sosilisasi bukan sahaja memainkan peranan penting kepada
masyarakat tetapi dapat juga dilihat dari segi peranannya kepada bidang
pendidikan yang melibatkan golongan guru (orang yang mengajar) dan pelajar.
Pembelajaran,
sosialisasi di tahap awal melibatkan serangkaian tahapan. Setiap tahap akan
memunculkan bentuk perilaku tertentu dan setiap manusia perilakunya berkembang
melalui tahapan yang sama. Misalnya, tahap perkembangan yang dikemukakan oleh
Erik Ericson (1950), ada delapan tahapan. Tahap pertama pengembangan rasa
percaya pada lingkungan, tahap kedua pengembangan kemandirian, tahap ketiga
pengembangan inisiatif, tahap keempat pengembangan kemampuan psikis dan pisik,
tahap kelima pengembangan identitas diri. Kelima tahapan tersebut terjadi pada
saat sosialisasi di masa kanak-kanak. Tahap perkembangan setelah itu adalah
tahap keenam merupakan pengembangan hubungan dengan orang lain secara intim,
tahap ketujuh pengembangan pembinaan keluarga/keturunan, dan tahap kedelapan
pengembangan penerimaan kehidupan.
terima kasih....bagus utk buat rujukan
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini. Saya mintak izin untuk ambil maklumat ini sbg ulangkaji saya. Thanks. May you always be blessed.
ReplyDeletePlaytech launches new slot machine casino in India for
ReplyDeleteThe Playtech online slot machine games 안산 출장마사지 developer has launched 영주 출장안마 the latest version of a classic 경산 출장샵 classic casino game, 아산 출장샵 The Casino Machine, 통영 출장샵 for Indian