KSSR Terap 1Malaysia
KURIKULUM
baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi
menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
Kurikulum
tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan
memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
KSSR
akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana
kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat
awal pendidikan mereka.
Penerapan
dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran
murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar
dengan perubahan umur.
Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak
akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR).
Melalui
KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan
menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk
KSSR.
Ia
diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya
dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan
teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan
interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta
meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik
dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Buat
peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai
31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak
50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah
selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR
membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul
Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap
satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M
(membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
kognitif, sikap dan nilai.
Sementara
tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan
aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
sikap dan nilai.
Selain
itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun
seluruh negara.
Pada
peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta
pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.
KSPK
akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka
memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik
digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah
No comments:
Post a Comment