TAJAMNYA MATEMATIK ITU
“Baiklah,
ini adalah soalan yang palliiingggg senang sekali sangat” saya tersenyum lebar,
dia mula memandang saya dan berkata “ Susah la tu maksudnya.” Anak itu
membuatkan saya tersenyum sekali lagi.
Tahun
ini dia sudah tamat tahun dua, namun, dia masih tidak boleh menambah dan
menolak dengan baik padahal silibus pengajiannya sudah patut bagi anak ini
pandai sehingga mengira wang. Kali ini sukar bagi saya, kerana saya mengajar
seorang anak yang sangat culas belajar.
“Haritu
Syafiq dapat markah tinggi untuk subjek sains, ingat tak? “ Dia tersenyum.
“Hebat
sangat cikgu rasa. Syafiq pandai sains, dapat kedua tertinggi,dapat hadiah
lagi” saya cuba lagi memancingnya.
“Ala
cikgu…….” berdalih lagi anak ini.
“Ok,
mana yang susah, bagitau cikgu” saya mula mengambil kertas soalan dan
letakkannya dihadapannya.
“Syafiq
ambil biskut ni, kira ikannya” Saya meminta dia mula mengira biskut ikan di
hadapannya. Jika tambah operasinya, saya minta dia kumpulkan satu kelompok dan
kelompok ikan yang lain.
Nampaknya
dia semakin seronok bermain dengan ikan, sehingga lama kelamaan disuapnya baki
biskut ikan itu ke dalam mulutnya.
Dan
nah! Semua jawapannya betul !
“Yay
! Syafiq betul semua lah! Subhanallah, pandailah anak murid cikgu ni.” Dia mula
tersenyum menampakkan gigi depan dua batangnya yang putih.
“Syafiq
tahu tak” saya minta dia pandang mata saya. “Syafiq ni pandai, tapi…” saya
sengaja memanjangkan tapi..
“Malas
ya cikgu” dia mula menduga.”Mana Syafiq tau ni? Orangkan, kalau dah pandaikan,
lepas tu tambah lagi rajin buat latihan matematik lebih hebat tau. Nanti boleh
kira macam-macam, kalau main game kan nanti lebih laju..” saya menduga
dirinya.
“Aik,
apa kaitan matematik dan game cikgu?” Kepala saya ligat mencari jawapan
yang terbaik untuk anak ini.
“Ehem..orang
kalau main game kan tangan dia kena cepat macam otak. Kena lajulah maksud
cikgu. Kalau main kereta, kalau nampak selekoh kena cepat-cepat tekan kiri atau
kanan pada joystick kan. Kalau Syafiq rajin buat latihan matematik,
nanti minda Syafiq jadi lebih tajam. Fuhh..memang hebat tau!” Matanya mula
bersinar-sinar.
“Oh,
patutlah abangngah dia selalu kalahkan Syafiq” dia tergelak.
“Lepas
ni kena rajin buat latihan matematik tau, baru boleh jadi hebat.”
Di
akhir kelas, saya mula berfikir, betulkah cara saya menyuntik semangat anak
itu. Saya tahu, ia perlu konsisten. Sedikit demi sedikit memahamkan anak itu
supaya belajar kerana MAHU bukan kerana SURUH
No comments:
Post a Comment