Pages

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday 27 April 2012

PERANAN PENDIDIKAN SEBAGAI AGEN SOSIALISASI.

PENGENALAN

Definisi Pendidikan

Pendidikan ialah  satu usaha sistematik yang dibuat oleh masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya. Ia merupakan satu proses untuk memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia ". 
Menurut John Dewey, pendidikan adalah suatu proses pembaharuan makna  pengalaman, hal ini mungkin akan terjadi di dalam pergaulan biasa atau pergaulan orang dewasa dengan orang muda, mungkin pula terjadi secara sengaja dan dilembagakan untuk untuk menghasilkan kesinambungan sosial. Proses ini melibatkan pengawasan dan perkembangan dari orang yang belum dewasa dan kelompok dimana dia hidup.

Definisi Sosialisasi

Kamus Dewan mentakrifkan sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Mohd. Salleh Lebar dalam bukunya Sosialisasi Sekolah dan Pendidikan mentakrifkan sosialisasi ialah proses interaksi sosial yang membolehkan manusia memperolehi personaliti atau sakhsiah dan belajar cara hidup masyarakatnya. Proses ini berlaku secara berterusan dan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran personaliti merangkumi pemikiran, tahap emosi, daya kesedaran diri, konsepsi dan lain-lain lagi. Selain itu, sosialisasi boleh didefinisikan sebagai interaksi antara manusia sama ada verbal atau non verbal. Apabila manusia melakukan tugasan bersama, sekalipun tanpa interaksi, ia juga dianggap sebagai proses sosialisasi. 
Menurut Peter L. Berger, sosialisasi adalah proses dalam mana seorang anak belajar menjadi seseorang yang berperanan dalam masyarakat. Manakala Robert M.Z. Lawang memberi maksud sosialisasi adalah proses mempelajari nilai dan norma yang diperlukan untuk memungkinkan seseorang dapat berperanan secara efektif dalam kehidupan sosial. Menurut Horton dan Hunt pula, sosialisasi merupakan suatu proses yang terjadi ketika seorang individu menghayati nilai-nilai dan norma-norma kelompok di mana dia hidup sehingga terbentuklah keperibadiannya. Sebagai kesimpulannya, sosialisasi adalah cara bagaimana individu bermasyarakat dalam menjalani kehidupan sehariannya. 
Sosialisasi bertujuan untuk mengembangkan kemampuan seorang anak dalam kehidupan untuk berkomunikasi secara efektif. Selain itu, ia juga memberikan keterampilan yang diperlukan  seseorang yang mempunyai tugas dalam masyarakat. Proses sosialisasi ini dapat menanamkan nilai-nilai kepercayaan kepada seseorang yang mempunyai tugas  dalam masyarakat. Sosialisasi yang betul dapat membentuk keperibadian yang unggul dalam diri seseorang.
Selain itu, Dalam proses sosialisasi terjadi paling tidak induvidu atau anak akan mengalami 3 tahap berikut, iaitu:
1)    Mempelajari nilai dan norma sosialogi.
2)   Menjadikan nilai dan norma yang dipelajari sebagai milik diri.
3)   Membiasakan tindakan dan perilaku sesuai dengan nilai dan norma yang telah menjadi miliknya.

Persoalan Sosialisasi

            Persoalan sosialisasi ini timbul apabila kurang kesedaran terhadap tanggungjawab ke atas diri sendiri keluarga dan juga masyarakat. 
            Kebiasaannya, mereka yang bermasalah ini adalah disebabkan oleh perlaksanaan sosialisasi yang tidak betul dalam institusi keluarga. Keadaan ini  boleh menyebabkan peningkatan kes penceraian. Penceraian berlaku kerana ketidakfahaman antara pasangan dan kelalaian dalam menjalankan tanggungjawab.  Selain itu, berlaku juga pengabaian terhadap orang tua. Hal ini kerana anak-anak menganggap org tua membebankan mereka dan mengambil keputusan menghatar ibu bapa mereka  ke rumah kebajikan. Perkara yang paling merisaukan sekarang ialah kes sumbang mahram seperti haruan makan anak dan sebagainya.
Kepincangan yang berlaku dalam institusi keluarga perlu ditangani segera supaya ia tidak mengancam negara. Malah institusi keluarga sangat penting dan ia perlu dikekalkan. Institusi ini perlu diterapkan dengan kasih sayang kerana akan melahirkan insan yang berhemah tinggi dan berguna kepada negara.
Walaubagaimana pun pelaksanaan sosialisasi dalam institusi masyarakat juga menghadapi beberapa masalah. Masyarakat pada hari ini dilanda dengan pelbagai masalah dan isu sosial yang membimbangkan. Hal ini tidak seiring dengan pembangunan negara. Setiap permasalahan dan isu ini perlu ditangani dengan bijak dan segera oleh masyarakat, pemimpin dan negara. Masalah yang melanda masyarakat kini adalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Mereka terlibat dengan budaya lepak, minum arak, jenayah juvana, mengandung tanpa nikah, buang bayi, bunuh diri, gengsterisme, seks rambang, penagihan dadah dan sebagainya. Masalah ini boleh memberikan impak buruk kepada masyarakat dan negara. Kesanya, masyarakat akan hidup dalam keadaan tidak tenteram dan boleh memusnahkan masa depan negara. Mereka sepatutnya boleh menjadi teras kepada kepimpinan negara akan datang. 
Kesimpulannya, isu dan permasalah ini memerlukan langkah pencegahan dan penghapusan dari semua pihak. Generasi muda pada hari ini harus disedarkan dengan kesan negatif gejala sosial sejak di bangku sekolah. Pengenalan pendidikan seks di sekolah antara langkah penting yang dikira mampu mengatasi masalah seks rambang. Begitu juga pengenalan Pendidikan Moral dan pemantapan Pendidikan Islam di sekolah mampu menanamkan kesedaran awal dalam kalangan generasi muda hari ini.

PERANAN PENDIDIKAN SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

(i)     Agen-agen sosialisasi
Kanak-kanak sejak kecil lagi telah dikelilingi oleh agen-agen sosialisasi termasuklah ibu bapa, pengasuh dari tadika dan juga dari keluarga yang terdekat.
Apabila mereka di bangku sekolah, agen sosialisasi telah bertambah banyak seperti sekolah sendiri, rakan sebaya dan persatuan yang mereka ceburi. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tingkah laku, sikap, nilai, motif, kepercayaan, personality dan kemahiran yang tertentu.
Perhubungan yang baik akan membentuk ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan yang kukuh. Jean Piaget ahli psikologi terkenal berpendapat bahawa pembentukan personality seseorang ialah berdasarkan empat perkembangan kognitif seseorang, iaitu 0-2 tahun, 2-6 tahun, 6-12 tahun dan 12-15 tahun. Sekiranya seseorang kanak-kanak dapat melalui perkembangan proses sosialisasi tersebut dengan teratur maka dapatlah ia menyesuaikan
diri dengan masyarakat.


(ii)    Faktor-Faktor Berlakunya Sosialisasi

- ii.i -   Keluarga
Keluarga intipati agen ssosialisasi yang paling rapat antara individu meliputi ayah, ibu, saudara kandung yang belum bernikah dan tinggal bersama dalam satu rumah. Menurut Gertrudge Jaedar keluarga merupakan agen sosialisasi yang paling awal kepada anak-anak kerana anak-anak sentiasa berada dalam lingkungan keluarga terutamanya ibu bapa mereka. Menurut George Herbert Mead, perkembangan kanak-kanak bermula pada tahap persiapan ( Preparatory Stage ) yang mana anak-anak mula melakukan kegiatan meniruperilaku orang terdekat meskipun perbuatan itu tidak sempurna. 

- ii.ii -   Rakan sebaya
Rakan sebaya ataupun teman sepermainan memainkan peranan penting dalam agen sosialisasi. Ketika berada di luar rumah anak-anak akan mempunyai kawan-kawan untuk bermain dan berkongsi pendapat. Rakan sebaya banyak memainkan peranan dalam membentuk keperibadian seseorang individu. Dalam pergaulan anak-anak akan memperlajari peraturan yang mengatur peranan dan kedudukan seseorang  dan mepelajari nilai-nilai  yang murni dalam masyarakat.

- ii.iii -   Kemajuan teknologi dan media massa
Kemajuan teknologi membuatkan semua maklumat berada di hujung jari manusia. Kemajuan ini telah membuatkan manusia tidak ketinggalan dalam kemajuan dunia. Dengan kemajuan teknologi maklumat ini juga anak-anak kita mampu belajar sesuatu apabila melihat maklumat yang terkandung dalam internet.
Media massa juga merupakan agen sosialisasi anak- anak kerana kebanyakan setiap rumah mempunyai tv yang menyiarkan berbagai- bagai rancangan yang boleh membentuk perilaku anak-anak. Kanak- kanak mudah belajar melalui pemerhatian. Menurut George Herbert Mead, pada tahap meniru ( Play Stage ) kanak – kanak akan meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa dan apa yang dia lihat.

- ii.iv -   Sekolah
Sekolah merupakan agen sosialisasi. Ini kerana sekolah bukan saja menjadi tempat menuntut ilmu bahkan warganya sudah pasti akan berinteraksi antara satu sama lain bagi memenuhi tuntutan hidup. Sosialisasi berlaku di sekolah boleh diklasifikasikan kepada 3 cara;  

pertama, interaksi murid bersama murid.
Kedua, interaksi guru bersama murid
ketiga interaksi antara kakitangan sekolah.

Proses sosialisasi berlaku apabila berlaku interaksi antara murid dengan murid di sekolah. Proses interaksi ini boleh berlaku ketika P & P dan juga ketika kokurikulum. Ketika P&P, murid akan digalakkan untuk membincangkan tajuk yang diajar bersama rakan-rakannya dan membuat refleksi dan rumusan daripada apa yang difahami dan dipelajarinya. Daripada perbincangan kumpulan tersebut, proses sosialisasi akan terbentuk dan murid akan berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, proses sosialisasi juga boleh berlaku apabila aktiviti kokurikulum dijalankan. Aktiviti kokurikulum adalah amat penting dijalankan di sekolah. Ini kerana melalui aktiviti ini, murid dapat meluaskan persahabatannya bersama murid lain berasaskan minat dan bakat yang sama. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mempraktikkan konsep kepimpinan yang dipelajarinya dalam bilik darjah. Justeru itu, melalui kepimpinan persatuan, murid akan bersosialisasi dengan khalayak yang dipimpinnya.

Proses sosialisasi juga berlaku apabila wujud interaksi antara guru dan murid. Dalam soal ini, murid secara tidak langsung akan mempelajari bagaimana cara untuk berinteraksi dengan individu yang lebih tua daripadanya. Selain daripada mendidik berkaitan dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru juga seharusnya menerapkan norma dan nilai sosial yang baik kepada muridnya. Nilai yang diterapkan diharapkan dapat membantu muridnya bersosialisasi dengan lebih baik dalam masyarakatnya. Guru juga diibaratkan sebagai seorang ayah dan ibu di sekolah, justeru guru yang cemerlang adalah guru yang mampu memberikan mutiara ilmu dan menjadi contoh teladan yang baik untuk murid-muridnya serta mampu untuk membimbing muridnya ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Proses sosialisasi juga berlaku apabila wujud interaksi antara kakitangan sekolah. Interaksi yang dimaksudkan adalah interaksi keseluruhan kakitangan sekolah daripada tukang kebun, tukang masak, tukang sapu, pembantu am rendah, pemandu, kerani, kakitangan pentadbiran, guru-guru, penolong kanan dan guru besar. Proses sosialisasi berlaku dengan wujudnya interaksi antara golongan yang telah dinyatakan. Hubungan yang baik antara kakitangan sekolah akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan institusi tersebut.

Kesimpulannya, sekolah sememangnya antara agen sosialisasi. Kewujudannya pada hakikatnya memberikan faedah yang cukup banyak kepada masyarakat sekitarnya. Perlu difahami, sekolah bukan hanya tempat menuntut ilmu, bahkan adalah satu institusi yang mampu membentuk masyarakat yang mapan melalui peranan yang dimainkannya.

(iii)   Peranan Pendidikan Sebagai Agen Sosialisasi
Sosialisai boleh berlaku samada secara formal dan tidak formal. Pendidikan sosialisasi secara formal berlaku secara langsung di sekolah mengikut sistem yang telah ditetapkan.  Agen-agen sosialisai yang lain seperti keluarga, media massa, dan rakan sebaya akan memberikan pendidikan sosialisasi secara tidak langsung kepada anak-anak. Mereka boleh mempengaruhi anak-anak dengan corak kehidupan yang mereka amalkan dan dengan apa yang mereka tonjolkan.

- iii.i -   Peranan pendidikan secara formal sebagai agen sosialisasi
Sekolah  atau dengan erti kata lain ialah tempat untuk mendapat pendidikan secara formal. Pendidikan sekolah adalah bertujuan supaya anak-anak mempelajari sesuatu yang baru yang belum dipelajari dalam keluarga mahupun kelompok bermain, seperti kemampuan membaca, menulis, dan menghitung.

Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis  dan mempunyai daya kreatif. Sekolah juga ialah tempat untuk mendapat latihan untuk memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda, untuk mengusai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.

Fungsi sekolah sebagai medium sosialisasi antara lain adalah untuk mengenali dan mengembangkan karakteristik diri (bakat, minat dan kemampuan), melestarikan kebudayaan, merangsang peranan demokrasi melalui pengajaran ketrampilan berbicara dan pengembangan kemampuan berfikir kritis, kreatif, rasional dan objektif, dan untuk mengembangkan kemampuan menyesuaikan diri anak-anak.

Selain itu, di sekolah, guru bertanggungjawab mensosialisasikan pelajarnya. Guru merupakan role model kepada pelajar-pelajarnya. Selain member pendidikan formal seperi belajar membaca, menulis dan mengira guru juga bertanggungjawab  dalam membentuk peribadi pelajarnya supaya menjadi insan yang sempurna dan terbaik. Guru perlu menjaga tutur kata dan perilaku semasa berada dalam lingkungan pelajaranya supaya perilakunya boleh diambil sebagi contoh yang terbaik.

Pendidikan mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar-pelajar mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Justeru itu, pendidikan memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial. Misalnya, perkara-perkara yang  berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari disekolah.  Tidak ketinggalan juga, pendidikan di sekolah secara wajarnya mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mencintai dan menluhurkan bendera Negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan.

Sehubungan dengan itu, pendidikan di sekolah bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan memetuhi peraturan masyarakat. Bagaimanapun, pada masa kini, masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang teknologi sadang mengalami perubahan social yang pesat. Oleh itu, guru disekolah perlu memainkan peranan sebagai  agen sosialisasi dengan membawa perkembangan kualiti sosial pelajar mengikut arus perkembangan masa kini.

Sebagai kesimpulannya peranan pendidikan sebagai agen sosialisasi adalah disenaraikan seperti berikut;
i)             Sebagai penyebar ilmu kemasyarakatnan.
ii)           Sebagai pembentuk personaliti,sahsiah sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.
iii)          Sebagai pembentuk masyarakat penyayang.
iv)           Sebagai penyumbang kepada masyarakat.
v)            Sebagai pembentuk kerjaya.

- iii.ii -   Peranan pendidikan secara tidak formal sebagai agen sosialisasi

- iii.ii.i -   Keluarga
Sistem sosial yang mengisi ruang hidup setiap individu terdiri daripada masyarakat di mana individu itu berada, budaya yang diamalkan oleh masyarakat tersebut, keluarga yang banyak mendidik individu itu secara tidak formal dan sekolah dimana individu itu mendapat pendidikan secara formal; kesemuanya memberi kesan terhadap perkembangan individu tersebut. 

Institusi keluarga merupakan satu unit sosial yang memberi kesan keatas perkembangan personaliti individu sebagai anggota masyarakat. Keluarga masih berfungsi sebagai “transmitter” atau penyebar utama pengetahuan, sikap, nilai, moral, prinsip, tabiat dan cara berfikir dan tingkah laku yang memberi kesan terhadap perkembangan personaliti individu; yang akan dipindahkan dari satu generasi ke generasi yang berikutnya. 

Proses ini berlaku melalui kata-kata dan contoh tingkahlaku, dimana keluarga membentuk personaliti dan mengekalkan mod atau cara berfikir cara berkelakuan yang kemudiannya menjadi tabiat. Peterson dan Rollins (1987) menamakan proses ini sebagai ‘generational transmission’.

- iii.ii.ii -   Media massa
            Dalam konteks pelajaran, media massa terutamanya televisyen mempengaruhi sikap dan   tingkah laku anak-anak. Kita dapat lihat lebih banyak masa anak-anak sekarang tertumpu kepada televisyen. Di tambah pula dengan adanya siaran berbayar seperti Astro dan MiTV, kanak-kanak semestinya menghabiskan masa menonton televisyen. Astro contohnya, memperuntukkan satu saluran khusus untuk rancangan kartun semata-mata. Ini akan             menghalakan pemikiran kanak-kanak lebih tertumpu kepada televisyen daripada mengulang kaji          pelajaran. Dengan itu, televisyen lebih menarik minat mereka daripada pelajaran sekolah yang berbentuk formal dan memerlukan mereka untuk berfikir dan melakukan aktiviti di dalam bilik darjah. Ini akan membawa implikasi buruk yang menyebabkan mereka enggan berfikir atau berusaha mengatasi atau mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Keadaan ini    mungkin terbawa-bawa ke sekolah dan guru perlu membuat P&P yang lebih menarik bagi merangsang semula minat pelajar.
            
 Selain daripada itu, media massa juga mempengaruhi proses sosialisasi dengan menayangkan        sesuatu iklan dengan berulang kali sehinggakan khalayak sasaran terasa ingin mencuba. Kaedah ini banyak digunakan di dalam media mahupun media cetak dan media penyiaran. Bukti media           massa boleh mempengaruhi khalayak sasaran ialah bayaran iklan yang tinggi pada waktu puncak contohnya dari pukul 7 malam sehingga pukul 9 malam. Jika kita menonton TV3 pada jam 8 malam, kita akan dapati bahawa segmen iklan kadang-kadang mencecah sehingga 10 minit bagi          satu segmen iklan. Begitu juga media cetak, umpamanya sebagai contoh akhbar Utusan Malaysia. Pada hari ahad kita akan dapati terlalu banyak iklan di dalamnya. Sudah tentu, iklan pada hari tersebut lebih mahal dari hari biasa.
 
            Selain itu, media massa mempengaruhi proses sosialisasi dengan menonjolkan seorang idola yang disifatkan sempurna. Idola ini diwarwarkan sebagai seorang yang berkarisma dan berkredibiliti tinggi sehinggakan khalayak terpengaruh dan fanatik terhadap idola tersebut. Antara rancangan yang bersifat seperti ini ialah Akademi Fantasia. Kita dapati, artis-artis yang lahir daripada program tersebut menjadi idola kepada masyarakat. Contoh artis-artis tersebut ialah Mawi, Felix dan Amylea. Peminat-peminat mereka sanggup melakukan apa saja bagi menyokong artis-artis tersebut.

PENUTUP
Di sini dapatlah kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan sosialisasi ialah proses belajar seseorang anggota masyarakat untuk mengenal dan menghayati norma-norma serta nilai-nilai masyarakat tempat ia menjadi anggota sehingga terjadi pembentukan sikap untuk berprilaku sesuai dengan tuntunan atau perilaku masyarakatnya, dimana sosilisasi bukan sahaja memainkan peranan penting kepada masyarakat tetapi dapat juga dilihat dari segi peranannya kepada bidang pendidikan yang melibatkan golongan guru (orang yang mengajar) dan pelajar. 
Pembelajaran, sosialisasi di tahap awal melibatkan serangkaian tahapan. Setiap tahap akan memunculkan bentuk perilaku tertentu dan setiap manusia perilakunya berkembang melalui tahapan yang sama. Misalnya, tahap perkembangan yang dikemukakan oleh Erik Ericson (1950), ada delapan tahapan. Tahap pertama pengembangan rasa percaya pada lingkungan, tahap kedua pengembangan kemandirian, tahap ketiga pengembangan inisiatif, tahap keempat pengembangan kemampuan psikis dan pisik, tahap kelima pengembangan identitas diri. Kelima tahapan tersebut terjadi pada saat sosialisasi di masa kanak-kanak. Tahap perkembangan setelah itu adalah tahap keenam merupakan pengembangan hubungan dengan orang lain secara intim, tahap ketujuh pengembangan pembinaan keluarga/keturunan, dan tahap kedelapan pengembangan penerimaan kehidupan.





3 comments:

  1. terima kasih....bagus utk buat rujukan

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ini. Saya mintak izin untuk ambil maklumat ini sbg ulangkaji saya. Thanks. May you always be blessed.

    ReplyDelete
  3. Playtech launches new slot machine casino in India for
    The Playtech online slot machine games 안산 출장마사지 developer has launched 영주 출장안마 the latest version of a classic 경산 출장샵 classic casino game, 아산 출장샵 The Casino Machine, 통영 출장샵 for Indian

    ReplyDelete