KERAJAAN
akan membantu sekolah yang kurang berdaya maju untuk melaksanakan impian kelas
2020, melalui program penambahbaikan pencapaian sekolah, dengan fokus
memperbaiki pencapaian pelajar, dan menjadikan semua sekolah berprestasi tinggi
menjelang tarikh keramat itu.
Bagaimanapun,
sekolah yang telah menjalankan program penambahbaikan diminta meneruskan
inisiatif mereka. Dalam kes ini, program penambahbaikan sekolah akan membantu
memudahkan program sedia ada oleh pihak sekolah.
Ke
arah itu, satu sistem pengumpulan data berpusat dan mekanisme bantu kendiri
akan diperkenalkan bagi membolehkan guru menjejak dan mencapai maklumat tentang
pencapaian sekolah masing-masing, dan apakah langkah yang boleh dilakukan untuk
menambah baik.
Program
itu yang dilancarkan baru-baru ini, bertujuan menangani isu kritikal tenaga
kerja yang mampu berdaya saing - khususnya dalam mengejar impian menjadi sebuah
negara maju menjelang tahun 2020.
Program
penambahbaikan sekolah ini akan menjadi asas kepada usaha untuk semua sekolah
mencapai standard sekolah berprestasi tinggi.
Semua
pengetua dan guru besar akan diberi kuasa autonomi untuk mengurus tadbir
sekolah, mengurus sumber yang sedia ada dan menghasilkan pelajar seperti mana
yang diharapkan.
Program
penambahbaikan sekolah terdiri daripada tiga elemen, yang akan dilaksanakan
mengikut urutan berikut:
1.
Pengkelompokan - Sekolah akan diberi penarafan mengikut kelompok pencapaian.
Antaranya mengikut Piawaian Gred Purata Sekolah (GPS) dan Piawaian Kualiti
Pendidikan Malaysia (SQEM). Status ranking ini akan dimaklumkan kepada sekolah
pada setiap tahun.
2.
Perkakasan penambahbaikan sekolah - Data keperluan khusus sesebuah sekolah akan
dikumpul, membantu pentadbir sekolah membuat keutamaan dan perancangan, dan
memudah cara; diskusi berterusan antara pihak sekolah dengan Jabatan Pelajaran
Negeri.
3.
Talian khidmat - Mengenal pasti ruang yang perlu diperakui berdasarkan bukti
yang telah dikumpulkan, akan disalurkan dari Kementerian Pelajaran kepada
sekolah, dengan sasarannya ialah para pengetua, pelajar dan ibu bapa - selain
infrastruktur.
Sementara
program sekolah berprestasi tinggi bertujuan meletakkan tahap sekolah pada satu
kedudukan yang cemerlang, program penambahbaikan sekolah ini pula bertujuan
meningkatkan mutu semua sekolah, serta menghubungkan segala inisiatif yang ada
di KPM, seperti inisiatif baru kepada pentadbiran sekolah, program literasi dan
numerasi (LINUS) serta transformasi kurikulum.
Program
penambahbaikan sekolah lebih bersifat berpusatkan sekolah. Hal ini bagi
membolehkan pengetua atau guru besar memiliki kuasa autonomi untuk melaksanakan
program penambahbaikan - sama ada berkaitan hal pentadbiran sekolah atau
penambahbaikan program keguruan masing-masing.
Program
kali ini bukan lagi berfokus kepada kawasan atau sekolah tertentu. Program ini
akan meliputi 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
Pengenalan
kepada inisiatif pengkelompokan sekolah adalah sebahagian daripada kelancaran
program inisiatif dan tawaran baru kepada pengetua dan guru besar, dengan mutu
perkhidmatan mereka menjadi pertaruhan.
Di
bawah program penambahbaikan sekolah, pengkelompokan memberi gambaran kepada
pencapaian sesebuah sekolah dan memudahkan untuk dibantu.
Kerajaan
kini menggalakkan Sekolah Berasrama 1Malaysia dengan menjadikan sekolah
berasrama semasa lebih berciri pelbagai kaum dalam komposisi pelajar dan
menubuhkan sekolah asrama berkualiti tinggi yang terbuka kepada semua.
Selain
itu, dokumen Program Transformasi Kerajaan juga mahu institusi latihan
perguruan menyediakan guru yang mempunyai pengetahuan, daya kesedaran dan
kemahiran yang menjadikan mereka sensitif terhadap latar belakang pelajar yang
berbeza-beza dan menangani perhubungan antara kaum dalam kaedah yang positif
dan proaktif.
No comments:
Post a Comment