Pages

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday 27 April 2012


TINGKAH LAKU BERMASALAH

Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkahlaku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat.Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah laku deskruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal.Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk tingkah laku bermasalah dari konteks pendidikan sebagai sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah. Tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku bermasalah negatif semata-mata tetapi juga merangkumi tingkah laku bermasalah positif iaitu seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.

Tingkah Laku Distruktif

Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku anti sosial yang amat merbahaya kerana pelaku bukan sahaja melakukan aktiviti jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan-kemudahan sekolah. Sikap agresif mereka dapat dilihat dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh,melukai atau menyakiti seseorang yang lain dan hal ini boleh membawa kepadapermusuhan nyata, vandalisme dan klik. Pelaku juga mungkin bertindak agresif kepada pihak lawan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam

Cara-cara Menangani Masalah Tingkah Laku

 Tugas penting guru dalam pengurusan bilik darjah ialah mencorakkan sikap dan tingkah laku yang baik serta bertanggungjawab. Mengubah sikap pelajar pastinya memerlukan kesabaran dan ketegasan. Namun begitu, guru juga perlu memiliki beberapa kemahiran berkaitan agar dapat meringankan bebas tugas yang dipikul. Kemahiran komunikasi dan pengurusan disiplin merupakan dua kemahiran yang patut dikuasai oleh guru serta perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Kemahiran Komunikasi

Menurut Mok Soon Sang (2003), komunikasi di bawah konteks pendidikan bolehditakrifkan sebagai sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antaradua individu atau di antara seorang individu dengan sekumpulan orang. Dengan perkataan lain, komunikasi merupakan satu interaksi sosial di antara orang melalu iaktiviti pemindahan mesej. Komunikasi boleh berlaku sama ada secara lisan atau bukan lisan. Khairul Azam Bahari (2005) mentakrifkan komunikasi lisan sebagai suatu bentuk komunikasi yang menggunakan suara dan bahasa (percakapan) sebagai medium dalam perhubungan. Manakala komunikasi bukan lisan sebagai suatu bentuk komunikasi yang menggunakan pergerakan anggota badan sama ada badan dan memek muka. Intonasi suara juga dikategorikan sebagai salah satu daripada bentuk komunikasi bukan lisan. Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanya berlaku di antara guru dengan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau di antara murid dengan murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Contohnya guru menyampaikan pengajarannyadengan suara yang jelas, kuat dan lantang serta menggunakan perkataan-perkataan yang ringkas dan mudah difahami. Di samping itu, guru juga dapat memberikan peneguhan positif kepada murid melalui komunikasi bukan lisan bagi memberi dorongan kepada pelajar untuk meningkatkan usaha mereka dalam pembelajaranseperti mengangguk kepala dan senyuman setelah melihat mereka mencuba sesuatu.

Gaya Kepimpinan

Selain itu, gaya kepimpinan guru juga dilihat sebagai satu salah aspek yang perlu diberi perhatian supaya kawalan kelas dapat dilakukan dengan berkesan. Lippit dan White (1958) menjelaskan bahawa kawalan secara kekerasan dan mengikut sesetengah golongan menganggapnya sebagai berwibawa. Segala aktiviti pelajar diarahkan oleh guru dan hanya guru yang akan menentukan pujian dan kritikan terhadap pelajar-pelajarnya. Namun begitu, Ee Ah Meng (1998) menganggap kepimpinan guru menerusi pendekatan ini bersifat autokratik dan biasanya pendekatan sebegini jarang melibatkan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru merasakan penglibatan pelajar boleh mengancam kewibawaan mereka dan menimbulkan gangguan kepada aktiviti mereka.

Adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan pendekatan kawalan terpimpin yang bersifat sederhana dengan jenis kepimpinan demokratik demi mewujudkan keadaan kondusif yang sesuai di samping menjamin proses pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Omardin Ashaari (1999) berpendapat pelajar perlu diberibimbingan dan pimpinan mengikut pelbagai langkah dan peringkat pembelajaran dengan menggunakan kaedah yang sistematik bagi membolehkan mereka maju dengan seberapa cepat yang boleh. Ini kerana pelajar adalah organisma yang berkembang dan guru sepatutnya membiarkan mereka berkembang secara semula jadi. Oleh itu, pelajar seharusnya belajar melalui peringkat demi peringkat secara teratur mengikut kehendak dan keperluan mereka untuk menentukan arah yang sesuai bagi diri mereka sendiri. Pendekatan sebegini menjadikan pelajar lebih matang dan mempunyai rasa percaya diri kerana pelajar akan mempelajari apa yang perlu mereka ketahui. Manakala guru pula hendaklah memainkan peranan yang aktif dalam memberi pandangan dan saranan semasa merancang dan mengelolakan sesuatu aktiviti pembelajaran.

Menerusi pendekatan kawalan terpimpin yang bersifat sederhana dengan jenis kepimpinan demokratik, guru perlu memainkan peranan penting dan peka terhadap setiap pelajar sama ada mereka menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru atau tidak. Ini kerana kemungkinan terdapat pelajar yang lebih tertarik kepada kejadian yang berlaku di luar kelas sehingga mengganggu perjalanan pengajaran guru disebabkan beberapa faktor seperti suara guru kurang lantang atau kaedah pengajaran kurang berkesan (Omardin Ashaari, 1999). Oleh itu, sekiranya guru dapat mengesan bahawa pengajaran mereka kurang menarik perhatian pelajar atau membosankan,maka guru perlu mempelbagaikan teknik, kaedah, strategi dan pendekatan pengajaranserta menggunakan pelbagai bahan bantu yang sesuai untuk menarik perhatian pelajar.Selain itu, mereka juga boleh menggunakan kebijaksanaan mereka mengawal bilik darjah secara aktif seperti melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran denganmemberikan beberapa soalan kepada pelajar yang dilihat kurang memberikan perhatian.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Mook Soon Sang (2003), komunikasi secara lisan dan bukan lisan sering berlaku berlaku semasa guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajarandi dalam bilik darjah. Misalnya, di dalam aktiviti soal jawab, guru biasanya mengemukakan soalan secara lisan (komunikasi secara lisan), murid kemudiannya akan mengangkat tangan sebagai isyarat yang menyatakan keinginannya untuk menjawab soalan (komunikasi bukan lisan). Murid akan menjawab soalan tersebut(komunikasi secara lisan), jika jawapan yang diberikan betul, guru akan memberi peneguhan dengan mengangguk kepala, senyum dan membalas dengan menggunakan perkataan seperti “baik”, “bagus” dan sebagainya (komunikasi bukan lisan dan secara lisan).

Proses komunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan memainkan peranan yang amat penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Malah proses tersebut berlaku dalam hampir semua jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti soal jawab, perbincangan, membaca, menyanyi, bercerita, penerangan dan sebagainya. Implikasinya, keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat bergantung kepada kebolehan murid mentafsir mesej yang disampaikan oleh guru.Komunikasi berkesan hanya berlaku jika guru menyampaikan pelajaran dengan cara yang mudah dan mudah difahami pelajar berdasarkan tahap kemampuan mereka. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan suara yang lantang dan jelas serta perkataan-perkataan yang mudah difahami pelajar semasa menyampaikan pelajaran.

Bahan Bantu Mengajar

Penggunaan bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan alat bantu mengajar yang sesuai memainkan peranan sebagai suatu medium yang boleh menimbulkan komunikasi diantara guru dan pelajar.Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981), bertajuk “Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘alat bantu‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh EdgarDale (1964) yang digambarkan dalam bentuk “cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting dan merupakan sebahagiankeperluan daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada pelajar.Walau apa jua kaedah pengajaran yang digunakan, guru tetap perlu menyediakan bahan bantu mengajar supaya komunikasi guru dan murid berjalan dengan baik. DavidBerlo (Musa Sulaiman, 1999) menyatakan bahawa terdapat empat ciri penting dalam proses komunikasi iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima. Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, bahan bantu mengajar dan tulisan. Ciri-ciri tersebut diperlukan bagi pelajar menguasai empat jenis kemahiran komunikasi iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru perlu menggunakan pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi,beberapa bahan bantu mengajar termasuk yang lama dan baru bagi mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment