“Keluar sekarang ! sekarang !”
tengking Izzati, marahnya membuak-buak. ”Buat apa kat tandas perempuan ni?”
Adam lari seperti lipas kudung, menyedari dirinya ditengking dengan kuat.
...............
Hari itu, kecoh satu sekolah
apabila berita seorang pelajar lelaki curi-curi masuk ke dalam tandas perempuan
tersebar. Adam dipanggil oleh guru disiplin atas tindakannya yang amat
memalukan malah mencurigakan.
Sepanjang perjalanan Adam
pulang ke rumah, dia diejek oleh pelajar yang turut berjalan kaki pulang, ada
yang membalingnya dengan batu kelikir jalan, dan ada yang meludahnya sambil
menaiki basikal.
Adam jalan tertunduk-tunduk,
sambil menggalas beg yang penuh dengan buku. Adam mengeluh. Tiba sahaja di
rumah, ”Adam, ambilkan lampin adik, lepas tu buang sampah. Aku nak engkau pergi
rumah Mak Nab mintak duit untuk beli susu adik,” Ibu Adam memberi arahan, belum
sempat Adam meletakkan beg, menghilangkan penat. Namun diturutkan kata ibunya.
Keesokan harinya, guru kelasnya
memulangkan buku latihan. Didapati Adam tidak membuat kerja sekolahnya, malah
pembetulan yang sepatutnya dilakukan langsung tidak disentuh Adam.
Jika anda merupakan guru kelas Adam, apa tindakan anda?
No comments:
Post a Comment