Pages

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday 27 April 2012

Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
  1. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
  2. saling berinteraksi secara bersemuka,
  3. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
  4. kemahiran koperatif, dan
  5. pemprosesan kumpulan
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.
Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table)
Jenis pembelajaran koperatif

Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif. Di antaranya ialah :

1. Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) 
Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.

2. Student Team Achievement Division' (STAD) 
Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu di antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan. 
3. Jigsaw
Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

4. Team Games Tournament' (TGT)
Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Bagi setiap pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.

5. Perbincangan meja bulat
Struktur perbincangan meja bulat boleh digunakan untuk menyumbang saran idea dan untuk menerbitkan beberapa tindakbalas terhadap satu soalan sahaja atau satu siri soalan:
a.Guru mengemukakan soalan
b.Sehelai kertas dan sebatang pen disediakan untuk setiap kumpulan
c.Pelajar pertama menuliskan satu tindak balas dan menyebutnya dengan lantang
d.Pelajar pertama tadi menyerahkan kertas tersebut kepada pelajar di sebelah kirinya,pelajar itu(kedua)menuliskan tindakbalasnya,begitulah seterusnya.
e.Lanjutkan aktiviti itu disekeliling kumpulan sehingga sampai masa yang ditetapkan.
f.Pelajar boleh menyebutkan”pass” pada bila-bila masa
g.Kumpulan berhenti apabila masa tamat dimaklumkan

kuncinya di sini ialah soalan atau masalah yang dikemukakan oleh guru untuk dipertimbangkan pelajar.Ia sepatutnya sesuatu yang mempunyai potensi untuk beberapa jawapan yang betul. Kaitkan soalan dengan isi pelajaran,tetapi pastikan ia mudah supaya setiap pelajar boleh mendapatkan sedikit maklumat. Sebaik –baik sahaja masa tamat,dimaklumkan,tentukan apa yang guru mahu pelajar lakukan dengan senarai tersebut. Mereka mungkin mahu membincangkan kepelbagaian jawapan atau penyelesaian atau mereka mungkin mahu berkongsi senarai dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

No comments:

Post a Comment