Pages

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday 27 April 2012

5 kaedah mengatasi masalah konsep kendiri

1.     Konsep ‘Peer Modeling’

Peer Modeling ‘ ataupun rakan – rakan sebagai role model adalah perkara lazim dihadapi oleh pelajar.  Mencari dan merancang secara aktif untuk menjadi ikutan (role model) cara yang terbaik adalah pelajar sendiri beruasaha untuk menjadi sebagai role model yang kreatif.
Contohnya, di dalam kelas ketua kelas , pengawas dan pengawas perpusatakaan akan menjadi role model di sebabkan pangkat mereka di sekolah. Maka dari itu pelajar lain akan merasakan  bahawa golongan ini adalah dikalangan cerdik pandai.

2.    2.Peneguhan usaha dan ketekunan
Peneguhan adalah perkara yang di lakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Skinner ( 1904) menyatakan jika pelajar menerima sesuatu gerak balas yang memuaskan setelah sesutau tingkah laku di pamerkan itu di namakan peneguhan.Peneguhan diberikan untuk  memuaskan kehendak, mengurangkan tekanan dan merangsang otak.
 Di antara  contoh peneguhan positif yang boleh diberikan di dalam bilik darjah adalah 
  1. Memberikan kata – kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja.
  1.  Memberikan senyuman.
  1.   Menepuk bahu
                    4.      Memberikan hadiah

3.     Menghubungkait tugasan dengan kejayaan
Tahap kecerdasan seseorang  pelajar boleh diukur  melalui ujian –ujian atau tugasan yang diberikan kepada pelajar. 
Contohnya,  melalui  tugasan yang diberikan guru dapat mengukur keupayaan  pelajar dan seterusnya  dapat mengukur tahap kecerdasan sama ada mereka berada di dalam kumpulan lemah, sederhana ataupun cemerlang.

4.   Mengajar pelajar sikap berusaha
      Menurut Howard Garner, bagi membantu  atau mengajar pelajar yang memiliki kecerdasan atau minat terhadap muzik, guru perlu memperkenalkan secara terbaik kepada program-program dengan mencuba untuk memprogramkan satu penghasilan muzik yang mudah untuk menerbitkan sikap ingin berusaha mencuba sesuatu. Kaedah ini boleh menarik minat pelajar untuk berusaha.
      Bagi membantu pelajar yang mempunyai keupayaan ruang yang kuat, guru boleh membantu pelajar melalui beberapa bentuk grafik komputer dan boleh dibantu dalam tugas-tugas memprogramkan sesuatu melalui penggunaan carta alir.  Dengan cara ini dapat menarik minat pelajar untuk berusaha.
      Kesimpulannya, peranan guru amat penting bagi mengajar dan membantu pelajar melahirkan sikap ingin berusaha dalam diri.

5.     Mengajar pelajar tahu matlamat diri

      Bagi membentuk  atau mengajar pelajar tahu matlamat diri guru perlu mengambil langkah mendekati pelajar. Kaedah ini boleh menarik minat  pelajar terhadap guru dan melakukan apa yang dianjurkan oleh pihak guru. Keadaan ini dapat dilihat dalam Teori Personaliti Fenomenologi Humanistik oleh  Carl Rogers manusia boleh difahami dari perspektif bagaimana mereka melihat kepada diri mereka sendiri dan persekitaran yang ada di sekeliling mereka.
      Guru juga perlu membimbing  pelajar untuk mencapai matlamat diri dengan cara guru membuka ruang kepada plejar untuk mencapai matlamat. Sikap guru yang prihatin , mesra dan empati lebih mudah untuk membentuk pelajar kerana mereka akan mempercayai kepada guru tersebuut. Seperti apa yang pelopori oleh Carl Rogers  iaitu Pemusatan Individu dalam teori Personaliti yang  menyatakan hasil layanan yang baik itu akan membuatkan individu akan percaya kepada seseorang yang memberi layanan yang baik kepada mereka.




No comments:

Post a Comment