ABANG
STRES KALAU SAYANG STRES
Alhamdulillah
di kesempatan ini mari kita bertakbir dan melafazkan kesyukuran atas setiap
nikmat yang dikurniakan.
Apabila
merenung kembali kisah Siti Hajar dan Ismail yang ditinggalkan oleh Nabi
Ibrahim tulisan YB Ustazah Nuridah dalam satu web ia membuatkan saya tergerak
untuk menulis sesuatu. Yang pertama saya perhatikan jika muslimat berbicara,
mereka sentiasa mahu dilihat berfungsi tidak kira dari sudut kepimpinan atau
gerak kerja organisasi. Ia seperti satu sikap mahukan kepastian kepada pimpinan
muslimin bercakap “ Ya, memang berfungsi” . Mengapa ya ?
Dan ia
berlaku di semua corong parti, saya kira.
Allah
mengurniakan Nabi Ibrahim seorang isteri yang sangat taat, luar biasa sabar dan
ikhlas mencintai Allah s.w.t. Bayangkan sekiranya Siti Hajar tidak sabar,
mungkin sahaja Ismail mati kelaparan, atau sukar Nabi Ibrahim meninggalkan
mereka berdua ditengah padang pasir yang panas. Bagaimana mahu dibandingkan
dengan seorang isteri yang suka meminta-minta, membentak-bentak, suka bercakap
kasar dengan suaminya, jauh taat kepada arahan yang dilihat zalim(ditinggalkan
di padang pasir). Subhanallah !
Jika
perbandingan positif pengaruh isteri mahu dilakukan kita lihat peranan Siti
Hajar dengan luar biasa sabarnya berlari anak mencari air antara Safa dan Marwah.
Bukan sekali dua, tapi tujuh ! Allahuakbar. Saya sendiri tidak dapat
membayangkan betapa sukarnya pengorbanan Siti Hajar dalam keadaan terik panas,
dan betapa sukarnya melihat anak kecil menangis kehausan. Hebat Allah !
Namun,
sabar itu bukan perkara yang mudah sebenarnya. Kerana bukan mudahnya sabar
dalam mencari keredhaan Allah sehingga Allah s.w.t rakamkan betapa syurga
tersedia buat hambaNya yang sabar :
“Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan
Tuhan mereka, dan mendirikan sembahyang, serta menafkahkan dari apa yang Kami
berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terang; dan mereka menolak
kejahatan dengan cara yang baik; mereka itulah disediakan bagi mereka balasan
yang baik iaitu Syurga Adn, yang mereka akan memasukinya bersama orang yang
soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka,
sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu
berkata :Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah
baiknya balasan amalmu.”'
Ar-Ra’d: 22-24
Benarlah,
manusia bisa menjadi luar biasa apabila punya tahap keimanan yang cukup jitu.
Sabar perlu seiring dengan mujahadah. Saya nak jadi muslimah yang sabar
No comments:
Post a Comment