Pages

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Monday, 30 April 2012

MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

MAKSUD BERJIRAN

Ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri, depan, belakang, tingkat atas, tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap sudut.

HAK DAN KEWAJIPAN SETIAP MUSLIM TERHADAP JIRAN

JENIS JIRAN

Ø  Jiran Muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan
Ø  Jiran Muslim yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan.
Ø  Jiran bukan Islam

HAK JIRAN

  • Hak sebagai seorang muslim.
  • Hak sebagai kerabat.
  • Hak sebagai seorang jiran.

  • Hak sebagai seorang muslim.
  • Hak sebagai seorang jiran.

  • Hak sebagai seorang jiran.

HIKMAH MENJAGA ADAB BERJIRAN

  1. Hidup dlm kedamaian & keharmonian.
  2. Hidup bermasyarakat diberkati Allah.
  3. Kehidupan & kemajuan lebih berkualiti.
  4. Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan.
  5. Kemungkaran dpt dibasmi dengan mudah.
 IMPLIKASI TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN

  1. Kehidupan tidak tenang.
  2. Menjejaskan keharmonian hidup.
  3. Terpinggir dari masyarakat.
  4. Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
  5. Negara mundur & kucar kacir
 CARA MENUNAIKAN HAK DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN

  • Memberi bantuan & pertolongan apabila mereka dalam kesusahan.
  • Memberi hadiah, sedekah dan makanan kepada jiran.
  • Ziarah-menziarahi ke rumah jiran untuk merapatkan hubungan silatulrahim.
  • Amalan gotong-royong sesama jiran melahirkan semangat kerjasama.
  • Memelihara rahsia jiran.
  • Mengucap tahniah kepada jiran yang mendapat kejayaan, rezeki dan nikmat.
  • Mengucap takziah kepada jiran yang ditimpa musibah, kesakitan atau kematian.

PENGHAYATAN

  1. Mengambil berat & bertegur sapa dgn jiran.
  2. Menghormati jiran dgn menunjukkan muka yang ceria apabila bertemu.
  3. Mempunyai semangat rela berkorban & perihatin terhadap jiran.
  4. Memberi sumbangan kpd jiran.

MUTIARA HADITH

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; “Tidak sempurna iman seseorang kamu sekiranya dia tidur dalam keadaan kekenyangan sedangkan dia mengetahui bahawa jirannya tidur dalam kelaparan”.
(Riwayat Al-Dailami)
Adab Terhadap Ibu Bapa



Konsep Keibubapaan
-          Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga
-          Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa
-          Pengorbanan ibubapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibubapa
-          Dalil al-Quran;

Maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Sebab-sebab wajib berbakti kepada kedua ibu bapa:

Kalau kita  berbakti kepada ibu bapa Allah ;

  1. Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa
  2. Suka dan reda kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa

Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana;
-       Amalan ini tuntutan agama
-       Untuk kita membals jasa ibu bapa kita
-       Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula
-       Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan
-        
TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

  1. Berdoa dan memohon ampun untuk mereka
  2. Merendah diri dan menghormati mereka
  3. Berbuat baik kepada rakan mereka
  4. Berbakti kepada mereka pada bila-bila masa
  5. Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hokum syarak

ADAB TERHADAP IBU BAPA

PERCAKAPAN                            

  1. Ø Bercakap dengan hormata dan sopan santun
  2. Ø  Merendahkan suara dihadapan mereka
  3. Ø  Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap
  4. Ø  Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi
  5. Ø  Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap


PERGAULAN

Ø  Berdiri untuk memberi hormat kpd mereka
Ø  Memberi hormat semasa bertemu dgn mereka
Ø  Mencium tangan mereka  sebelum ke sekolah dan sebelum tidur
Ø  Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan
Ø  Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk


CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

SEMASA HIDUP

  1. Ø  Menjaga mereka semasa tua dan sakit
  2. Ø  Memberi nafkah kepada mereka
  3. Ø  Selalu menziarahi mereka sekira tidak tinggal bersama-sama
  4. Ø  Mendoakan kesejahteraan mereka


SETELAH MENINGGAL

  1. Ø  Berbuat baik kepada sahabat mereka
  2. Ø  Membayar hutang mereka sekiranya  ada
  3. Ø  Melaksanakan wasiat mereka
  4. Ø  Mendoakan keampunan untuk mereka

KESAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA;

  1. Mendapat keberkatan hidup
  2. Disayangi keluarga
  3. Mendapat ganjaran pahala
  4. Ikatan keluarga bertambah kukuh
  5. Mendapat balasan syurga di akhirat

AKIBAT DERHAKA TERHADAP IBU BAPA

v  Runtuh institusi kekeluargaan
v  Kehidupan tidak diberkati Allah
v  Mengancam keharmonian masyarakat
v  Dikenakan azab neraka di akhirat

Penghayatan

  1. Patuh dan taat kepada ibu bapa
  2. Berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa selepas solat
  3. Berbakti kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya

LATIHAN
  1. Nyatakan konsep keibubapaan menurut Islam
  2. Senaraikan tiga sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
  3. Terangkan cara berbakti kepada ibu bapa
I.            semasa mereka hidup
II.          semasa telah meninggal dunia
  1. Huraikan dua akibat anak yang derhaka terhadap ibu bapa
  2. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih sayang kedua-dua ibu bapa
ADAB BERKAWAN



CIRI-CIRI KAWAN YANG BAIK

·         Taat kepada perintah Alah
·         Baik budi pekerti dan bersopan santun
·         Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji)
·         Berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya
·         Tidak mendedahkan keburukan kawan
·         Berlapang dada menerima teguran atau nasihat kawan
·         Sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan

CARA BERADAB DENGAN KAWAN

Ø  Sentiasa memberi salam dan  mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah
Ø  Menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati
Ø  Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan
Ø  Jujur dan Ikhlas dalam persahabatan
Ø  Sentiasa bersangka baik dengan kawan


KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK

·         Mendorong  melakukan perkara kebaikan
·         Dapat mencontohi kebaikannya
·         Dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar
·         Mendidik jiwa menjadi baik dan taat kepada Allah



SOALAN LATIHAN

1.     Mengapakan setiap individu memerlukan kawan?
2.     Nyatakan tiga ciri kawan yang baik.
3.     Nyatakan 3 contoh perbuatan yang boleh merenggangkan hubungan persahabatan
4.     Pengaruh kawan sangat berkesan dalam kehidupan seseorang. Beri pandangan anda
5.     Kita perlu memilih kawan yang berilmu pengetahuan. Nyatakan 2 hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut

Saturday, 28 April 2012

AKU INGIN BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK



“Adik-adik, siapa yang menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya?”

Jawapannya adalah: “Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,” ujar seorang kakak pada sesi perkongsian.

Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?

Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?

Baik itu bagaimana sebenarnya?

Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.

Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.

Jawapan saya, tidak cukup baik.

Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.

Apa itu hak sesama muslim?

Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.

Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.

Bagaimana pula boleh separuh?

Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.

Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?

Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com, langitilahi.com dan sebagainya.

Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Semanis Kurma, al-Kuliyyah dan sebagainya.

Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.

Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.

Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.

Bukankah itu adalah potensi?

Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.

Anda tidak perasankah selama ini?

“Suhana, kamu dengar radio apa tu? Lagu-lagu nasyid kat situ semua bestlah.” Tanya rakan sekerja saya.

“Oh, radio online. Nasyid.fm, lagu-lagu kat sini memang semua best. Jarang dapat dengar dekat ikim,” ujar saya.

“Itulah selalu pasang ikim.fm kalau dalam kereta. Tapi tak ada pula lagu best macam ni.”

Saya terdiam.

Bagusnya, perwatakan rakan sekerja saya ini bolehlah dikatakan lelaki lembut, suka bersolek. Tetapi dia ada potensi itu.

Potensi untuk menjadi baik.

Maka jangan kita memandang orang itu dengan pandangan negatif.

Cukup baikkah kita untuk menilai dan menghukum seseorang?

Anda sentiasa mahu menghukum dan mengkritik, tetapi anda pernahkah mendoakan orang-orang yang dikritik itu menjadi baik?

Justeru, keluarkan potensi yang ada itu. Jangan biarkan ia statik tanpa dialirkan. Kita boleh menjadi lebih baik jika membina potensi baik itu dengan semaksima mungkin.

Jika mahu jadi baik, lakukan dengan kesungguhan. Jangan takut untuk menjadi baik. Cerahkan pemikiran anda bahawa baik itu disukai Allah S.W.T, kita suka jika Allah S.W.T suka bukan?

Jangan sia-siakan petunjuk yang Allah S.W.T beri. Takut nanti Allah S.W.T tidak memberi lagi. Jika berlaku begitu, bukankah kita yang rugi?

Mari kita sama-sama menjadi baik yang sepenuhnya. Berubah jadi baik..

Benarlah kata Nabi S.A.W.:-

“Sesiapa yang Allah S.W.T kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam Agama.”

- (Hadis riwayat Ahmad di dalam Kitab Min Musnad Bani Hashim)
ADAM ! KELUAR SEKARANG !



“Keluar sekarang ! sekarang !” tengking Izzati, marahnya membuak-buak. ”Buat apa kat tandas perempuan ni?” Adam lari seperti lipas kudung, menyedari dirinya ditengking dengan kuat.
...............
Hari itu, kecoh satu sekolah apabila berita seorang pelajar lelaki curi-curi masuk ke dalam tandas perempuan tersebar. Adam dipanggil oleh guru disiplin atas tindakannya yang amat memalukan malah mencurigakan.

Sepanjang perjalanan Adam pulang ke rumah, dia diejek oleh pelajar yang turut berjalan kaki pulang, ada yang membalingnya dengan batu kelikir jalan, dan ada yang meludahnya sambil menaiki basikal.

Adam jalan tertunduk-tunduk, sambil menggalas beg yang penuh dengan buku. Adam mengeluh. Tiba sahaja di rumah, ”Adam, ambilkan lampin adik, lepas tu buang sampah. Aku nak engkau pergi rumah Mak Nab mintak duit untuk beli susu adik,” Ibu Adam memberi arahan, belum sempat Adam meletakkan beg, menghilangkan penat. Namun diturutkan kata ibunya.

Keesokan harinya, guru kelasnya memulangkan buku latihan. Didapati Adam tidak membuat kerja sekolahnya, malah pembetulan yang sepatutnya dilakukan langsung tidak disentuh Adam.

Jika anda merupakan guru kelas Adam, apa tindakan anda?
Sahabat

 Sahabat
Adalah hati yang hangat
Sehangat kopi susu buatan ibu
Menyejukkan mulut dan rasa
Tanpa mesti bergelora

Sahabat
Jalannya tak berjejak
Tak pula berpeluh keringat
Namun memberi semangat

Sahabat bukanlah cinta sejuta
Bukan pula bara api rindu yang di dada
Hanya seuntai benang sutera
Yang cukup erat mengikat
jiwa yang jahat

Sahabat adalah rumput kata yang sejuk
Sesejuk embun di pelupuk mata
Yang menidurkan jiwa
Tanpa berjuta rasa

Sahabat
Anggur cinta yang memabukan
Atau istana suka yang mengilusikan
Atau tsunami duka yang menenggelamkan.

Renungan