Pages

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Monday 30 April 2012


PENGURUSAN JENAZAH

 Tanda-tanda kematian

Antara tanda-tanda kematian yang biasa dikhabarkan oleh mereka yang arif dan berpengalaman luas ialah:-

  1. Layu atau jatuh kedua-dua telinga dan hidung sebelum nazak
  2. Kedua-dua tumit kaki menjadi lembut
  3. Hidung menjadi bengkok
  4. Alis mata semakin hilang
  5. kulit muka menjadi semakin tegang
  6. Tulang pinggang rapat ke lantai
  7. Keluar peluh dan air mata

Menurut Osman bin Affan , Rasulullah saw bersabda:-
“ Perhatikanlah orang itu menjelang wafatnya.Apabila kedua-dua matanya
terbeliak , dahinya berpeluh dan membesar dua lubang hidungnya, bererti
rahmat Allah telah turun.Tetapi apabila dia mendengkur seperti orang ter-
cekik, tubuhnya pucat , mulutnya bertambah lebar , bererti seksa Allah
telah turun kepadanya”

Orang yang merasakan diri mereka sudah berada dipenghujung hayat langkah terbaik ialah:-

  1. Menyelesaikan hutang-piutangnya terlebih dahulu
  2. Berpesan kepada keluarga agar selepas kematian kita, pastikan
pengurusan jenazah kita dilakukan mengikut sunnah
  1. Juga berpesan kepada waris dan ahli keluarga untuk meneruskan
kehidupan dan hidup dalam aman dan damai
  1. Peringatan juga meliputi hal-hal berkaitan pembahagian harta
          pusaka dan sebagainya
  1. Segera bertaubat sekiranya merasakan dirinya pernah melakukan
dosa-dosa.

Tanda-tanda ajal sudah hampir


  1. Putihnya rambut setelah berwarna hitam
  2. Kelemahan tubuhmu setelah engkau kuat
  3. Bongkok tubuhmu setelah engkau berbadan tegap

                                                          

Pelbagai adab berziarah



Adab ziarah orang sakit


1. Disunatkan meletakkan tangan kita ditempat yang sakit sambil mem-
   bacakan basmalah dan mendoakan agar pesakit itu cepat sembuh dan
   banyak bersabar dengan ujian Allah SWT.
2 Sebaik-baiknya , elakkan daripada menceritakan pengalaman yang me-
   nakutkan berkaitan dengan penyakit orang yang diziarah
3 Bawalah buah tangan untuk menghiburkan hati pesakit
4 Sesuaikan waktu ziarah.Jangan berziarah setiap hari, melainkan atas
   kehendak atau permintaan pesakit sendiri
5 Janganlah berada terlalu lama ketika berziarah kerana ini mungkin
   menyusahkan pesakit yang ingin berehat
6 Nasihatkan pesakit supaya banyak bersabar


Adab ziarah orang Nazak


1. Sewaktu menziarahi orang yang sakit tenat (nazak) yang beragama
   Islam .disunatkan membaca surah Yaasin
2. Elakkan membuat bising dan berceritalah perkara-perkara yang baik-
   baik sahaja.
3. Hadapkan ke arah kiblat orang yang sedang sakit tenat
4. Orang yang sedang sakit tenat hendaklah diajar kalimah tauhid iaitu
    La ilaha illallah – Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.


Adab-adab ziarah kematian


1. Apabila berlaku kematian hendaklah diucapkan takziah kepada ahli
   keluarganya supaya bersabar dan mendoakan si mayat
2.Amat digalakkan sekiranya dapat membantu keluarga simati dengan
   kerja-kerja pengurusan jenazah sehingga selesai di bawa ke tanah
   perkuburan
3.Sentiasa berusaha membantu meringankan beban waris si mati.Contoh
   nya dengan menyediakan makanan kepada keluarga si mati disebabkan    situasi mereka yang berada dalam kesedihan dan kekalutan

                                                          

Nazak


Bagi orang yang akan menguruskan orang yang berada dalam keadaan
Nazak, terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan.Diantara
Nya ialah:-

1. Sebuah keluarga perlu nertanggungjawab ke atas ahlinya yang sedang
   nazak.Mereka perlu sentiasa berada di sisinya
2. Pastikan orang yang menguruskan jenazah ialah orang yang paling baik
   baik amalannya dan lebih dalam pengetahuan agamanya atau berpenga-
   laman, ini untuk mengelakkan mereka membuka aib si mati kepada masya-
   rakat luar
3. Orang yang berada di sisi orang yang sedang sakit nazak ,  mesti men-
    jaga segi pengucapannya.Sebaik-baiknya hal-hal berkaitan duniawi tidak
    diceritakan langsung
4. Pastikan kedudukannya mengadap kiblat serta sentiasa diperdengarkan
    bacaan Yaasin , al-Qur’an dan sebagainya
5. Orang yang berada berdekatan dengan orang yang sakit tadi supaya
    mengelap keringat , membasahkan bibir orang yang sedang menghadapi
    saat kematian



Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas meninggal dunia



  1. Hendaklah dipejamkan(ditutupkan) matanya seraya mendoakan simati.
  2. Hendaklah diluruskan kaki,diqiamkan tangan, diikatkan dagu serta mengadap kiblat sebelum ditutup seluruh tubuh dengan kain se-
bagai penghormatan kepada simati dan supaya tidak terdedah auratnya.
  1. Tidak ada halangan untuk mencium si mati bagi ahli keluarganya
atau sahabat-sahabat yang rapat
  1. Ahli keluarga mayat yang mampu hendaklah melunaskan segala
hutang piutang simati , samada menggunakan harta peninggalan
simati dengan pertolongan keluarganya.

                                                



PERKARA-PERKARA YANG WAJIB DILAKSANAKAN KE ATAS MAYAT

Bila seseorang Islam meninggaldunia  , maka menjadi fardhu Kifayah
ke atas orang yang hidup melaksanakan perkara-perkara berikut:-

a)    Memandikan mayat
b)   Mengkafankan mayat
c)    Menyembahyangkan mayat
d)   Mengkebumikan mayat

Keempat-empat perkara di atas itu Wajib dilaksanakan dengan sempurna dan segera , kecuali orang yang mati syahid.


1). Memandikan mayat

    Tujuan memandikan mayat ialah untuk membersihkannya dari najis , ,kekotoran dan juga daripada hadas kecil dan hadas besar.

     Cara memandikannya:-
    
a)    Dimandikan di tempat yang tertutup
b)   Pakaikan mayat itu dengan kain basahan
c)    Dibaringkan mayat itu di atas pangkin ( tempat memandikan mayat)
d)   Air yang hendak digunakan hendaklah air masin atau air tawar sejuk
e)    Membuang najis yang ada dalam perut  mayat dengan lembut dengan cara mengurut perut mayat perlahan-lahan dan lembut sehingga tiada lagi najis.
f)    Kemudian cuci qubul dan dubur dengan tangan kiri dan dibalut dengan kain yang bersih sehingga bersih.
g)    Bersihkan gigi , mata , telinga, lubang hidung dengan kain bersih.
Begitu juga dengan kotoran di bawah kuku.
h)   Basuh kepala dan sisirkan rambutnya dengan sikat yang jarang
supaya rambut tidak gugur , jika gugur maka masukkan rambut itu
ke dalam kain kafan kerana rambut itu wajib ditanam bersama.
i)     Ambil wuduk  k etas mayat kemudia niatkan pula mandi hadas untuk
mayat.
   
2) Mengkapankan Mayat


    Mengkapankan mayat hendaklah sekurang-kurangnya dengan menutupi jenazah itu.. Lebih sempurna lagi sekiranya dikapankan seperti berikut:-

a)    Jenazah lelaki dikapankan dengan 3 lapis kain
b)   Jenazah perempuan dikapankan dengan 5 lapis kain


Adalah lebih baik sekiranya dibuat sehelai seluar dan serban bagi lelaki dan telekung bagi perempuan. Afdhal kain kapan berwarna putih.


Tujuan mengkapankan mayat ialah :-


1)    Untuk memelihara maruah simati
2)   Untuk menutup aurat si mati


Cara-cara mengkapankan mayat


1.     Kain kapan sebaiknya diasapi terlebih dahulu dengan sesuatu yang
yang berbau harum
2.    Dihampar sehelai demi sehelai dan ditaburkan setiap lapis dengan
dengan benda berbau harum seperti setanggi , kapur barus , cendana ,minyak kasturi air mawar dan sebagainya.
3.    Letakkan lapisan paling bawah kain dengan 5 atau 3 tali untuk
pengikat mayat.
4.    Setelah itu barulah mayat itu diletakkan di atas kain kapan dalam
keadaan terlentang dan kedua-dua tangannya diletak di atas dada.
5.    Balut mayat dengan mendahului sebelah kiri dan kain kapan yang
Sebelah kanan diselitkan ke sebelah kiri mayat. Setelah selesai
barulah mayat itu diikat.

 3) Menyembahyangkan mayat

    Tujuannya ialah untuk :-
   
     1. Sebagai penghormatan
     2. Untuk mendoakannya
  
    Hukumnya fardhu kifayah. Boleh dilaksanakan seorang tetapi lebih
    baik sekiranya lebih ramai yang melaksanakannya.

   Syarat-syarat sah solat jenazah

A)    Jenazah itu orang Islam
B)    Mayat sudah dimandikan dan dikapankan
C)    Bukan jenazah orang yang mati syahid
D)    Jenazah itu berada di hadapan orang yang hendak menyembahyangkannya kecuali solat ghaib @ solat atas kubur
E)    Orang yang bersolat itu mestilah suci daripada hadas, menutup aurat dan mengadap kiblat.

Rukun solat jenazah

1. Niat

أصلي علي هذا الميت أربع تكبيرات فرض الكفايـة مأموما لله تعالي

Maksudnya:”Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir
                    fardhu kifayah makmum @ imam kerana Allah Taala”.
2. Berdiri betul
3. Takbir pertama serta takbiratulihram
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Takbir Kedua
6. Membaca selawat sekurang-kurangnya

اللهم صلي علي سيـدنا محمد..............
6. Takbir ketiga
7. Membaca doa sekurang-kurangnya
اللهم اغفرله وأرحمه وعـافه واعف عنـه..............
                                                         
8. Takbir keempat
9. Membaca doa  sekurang-kurangnya

اللهم لا تحرمـنـا أجره ولا تفتنـا  بعده وأغفرلنـا وله..........
10. Salam

* Untuk jenazah lelaki huruf HA dibaca HU.Manakala bagi perempuan huruf HA dibaca dengan bunyi HA.

4) Mengkebumikan jenazah

Tujuan mengkuburkan mayat ialah:-
 
1.     Untuk menjaga kehormatan mayat
2.    Untuk mengelakkan daripada dimakan binatang
3.    Untuk mengelakkan jangkitan penyakit
4.    Untuk memberi keselesaan orang yang masih hidup

Syarat-syarat mengkebumikan mayat

a) Mayat telah dimandi , dikapan dan telah disembahyangkan dan telah
    di bawa ke tanah perkuburan.
b) Dalam kubur sekurang-kurangnya tidak tercium bau busuk mayat dan
    tidak mungkin dibongkar oleh binatang.

Lubang kubur

Lubang kubur di sunatkan memakai Liang lahad iaitu digali di bawah kubur
Mengadap kiblat sekadar termuat badan mayat.Kemudian mayat ditutup dengan sekeping papan.

Cara-cara mengkebumikan mayat

  1. Letakkan mayat itu di arah kaki kubur apabila tiba ke kubur.
  2. Angkat mayat ke dalam liang lahad perlahan-lahan
  3. Miringkan badan mayat itu ke sebelah rusuk kanan dan mukanya
dihadapkan ke arah kiblat
  1. Jika mayat itu perempuan , ketika memasukkan mayat ke dalam
kubur hendaklah ditutup di atasnya dengan sehelai kain

                                             
  1. Masukkan mayat dari arah kaki kubur dengan mendahulukan kepala
  2. Buka atau longgarkan ikatan yang mengikat mayat
  3. Buka kain kapan di bahagian muka mayat supaya mencecah dinding
kubur
  1. Setelah itu ditutup lubang lahad dengan sekeping papan dan di-                          sunatkan  memasukkan 3 kepal tanah
  2. Kemudian  ditimbus tanah dan tinggikan tanah tersebut sekadar
sejengkal.
  1. Hendaklah menandai kubur itu dengan batu nisan dan sebagainya
  2. Letakkan batu-batu kecil atau batu kerikil di atas kubur
  3. letakkan pelepah-pelepah yang basah di atas kubur @ bunga
  4. Siram dengan air mawar atau air Yaasin
  5. Setelah itu dibacakan talkin bagi mayat
  6. Orang yang membacakan talkin hendaklah duduk atau berdiri
menghadap arah muka mayat dengan membelakangkan kiblat.


BACAAAN TALKIN

A.Talkin di saat kematian

1. Talkin dari segi bahasa bermaksud –mengajar
    Dari segi Bahasa Arab talkin membawa maksud membimbing
    orang untuk mengikut kata-kata yang diucapkan.
2. Menurut Imam Syaukani –bertalkin hukumnya sunat .alasannya
    berpandukan Hadis Rasulullah sewaktu mengkebumikan anaknya
    Ibrahim.baginda bersabda “wahai Ibrahim katakanlah:-
    “La ilaha illallah.Umar bertanya, Ya Rasulullah adakah anak kecil
     yang tidak berdosa ini patut juga di ajar?” jawab Rasulullah
     Ya! 
3.    Ajarkan kalimah tauhid itu dengan suara yang lembut ,tenang
di telinga kanan secara perlahan-lahan dan jangan kerap di-
ulang-ulang

          B. Talkin ketika di atas perkuburan

              Rasulullahsaw tidak pernah mengamalkannya.Ia termasuk Khilaf
          ulamak atau perselisihan pendapat para ulamak.Terdapat 3 penda-
          pat ulamak yang berbeza:-
         
                                                       
1.     Hukumnya Sunat- ini adalah pendapat Mazhab Hambali dan
                                                Mazhab Syafie.Ini bersandarkan ketera-
                                                ngan Abu Umamah al-Bahili bahawa Nabi
                                                Muhammad saw bersabda:” Jika ada di-
                                                antara kalian yang meninggal dunia kemu-
                                                dian kuburannya diratakan dengan tanah
                                                maka hendaklah ada yang berdiri dekat
                                                kepalanya dan berkata: Ya fulan bin Fulan”
2.    Hukumnya harus- ini pendapat Ibnu Taimiyah
3.    Hukumnya makruh–ini pendapat Imam Maliki dan Iman Hanafi
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Namanya : Umar bin al-Khattab bin Nufail bin AbdulUzza
Berketurunan Bani Adi & Berbangsa Arab Quraisy
Dilahirkan pd tahun 584 masihi, 13 th selepas kelahiranRasulullah di Mekah al-Mukarramah
Memeluk Islam ketika berusia 33 tahun
Dilantik menjadi Khalifah yang ke-2 daripada Khulafa'al-Rasyidin, pada hari selasa 22 Jamadilakhir tahun 13hijrah bersamaan 23 ogos 634 masihi
Beliau mentadbir kerajaan Islam selama 10 tahun 6 bulan.
Meninggal dunia pada bulan Zulhijjah tahun 23 hijrahkerana dibunuh oleh seorang hamba Majusi berbangsaParsi yang bernama Fairuz ( dikenali sebagai AbuLukluah
Terkenal dengan gelaran :
" al- Faruq "(Pemisah antara yg hak &yg bathil),
digelar Al-Faruqkerana keberaniannya dalam peperangan, mengistiharkanmemeluk islam di khalayak ramai, menunaikan solat dihadapan kaabah.

SIFAT PERIBADI

Berani
1.     Mengisytiharkan pergislamannya secara terbukakpd masyarakat Arab tanpa gentar sedikitpun.
2.    Menunaikan solat secara terang-terangan di MasjidilHaram
3.    Memberi cadangan supaya agama Islam di ajar secaraterang-terangan
4.    Mencabar sesiapa yang berani menghalangnya berhijrah ke Madinah

Tegas

1.     Beliau sanggup menghukum anak-anak pembesar yangmelakukan kesalahan
2.    Berwawasan & Berfikiran Kreatif Beliau telah menyusun semula pentabdiran & banyak membuat perubahan dalam pentadbiran untuk faedah rakyat.

 Berfikiran Terbuka

1.     Beliau bersedia mengaku kesilapan sendiri & menerima pendapat orang lain. Contohnya: Menerima bantahan seorang wanita yangtidak bersetuju beliau menetapkan kadar maskahwin tidak melebihi 400 dirham kerana Allah tidak menghadkannya
2.    Bukti keberanian beliau -Mengisytiharkan pergislamannya secara terbuka kepada masyarakat Arab tanpa gentar sedikitpun.
3.    Menunaikan solat secara terang-terangan di Masjidil Haram
4.    Memberi cadangan supaya agama Islam diajar secaraterang-terangan
5.    Mencabar sesiapa yang berani menghalangnya berhijrah ke Madinah

JASA DAN PENGORBANAN

1.     Sumbangan beliau dalam bidang pentadbiran
2.    Mengemaskini majlis syura
3.    Mengasaskan jabatan – jabatan pentadbiran utk memudahkan urusan & memberi perkhidmatan ygmenyeluruh serta berkesan.Spt : Jabatan cukai & harta, pos,kehakiman & ketenteraan
4.    Memisahkan kuasa kehakiman & kuasa pentadbiran
5.    Mengasaskan undang-undang " Hisbah " ( Iaituundang-undang & peraturan di pasar spt : adab sopan dlm berjual beli, pengawasan timbangan dan lain-lain
6.    Mengasaskan takwim Islam

Sumbangan beliau dalam bidang dakwah

1.     Menyebarkan dakwah secara berleluasa di wilayah-wilayah baru seperti Mesir,   Parsi dan Rom
2.    Melantik gabenor di wilayah baru tersebut bagimelicinkan pentadbirah & dakwah Islamiah
3.    Menghantar para ulamak keserata tempat untuk menjalankan dakwah

Sumbangan beliau dari segi pembangunan

1.     Mengemaskini institusi Baitul Mal
2.    Penerokaan kawasan-kawasan baru untuk dijadikantanah pertanian & membina saliran air 
3.    Mendirikan rumah persinggahan bagi para musafir 
4.    Membina sekolah-sekolah untuk mengajar & mendidik anak-anak orang yang baru memeluk Islam





ABDUL RAHMAN BIN AUF AHLI PERNIAGAAN BERWAWASAN

  •  Nama : Abdul Rahman b Auf b. Abdu Auf b. al-Haris
  • Berketurunan : Bani Zuhrah
  • Lahir : Tahun 580 masihi , di Mekah al-Mukarramah
  • Memeluk Islam:Melalui dakwah Abu Bakar as-Siddiq
  • Memegang jawatan : Pengerusi Majlis Syura, semasa pemilihan khalifah yang   ke-3
  •   Meninggal dunia : Tahun 32 hijrah ( 654 masihi) , ketika berusia 74 tahun.

KEISTIMEWAAN ABDUL RAHMAN BIN AUF

  • Antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga
  •  Menjadi iman solat Subuh dlm peperangan Tabuk yang dihadiri  Rasulullah
  •   Pernah menjadi calon pemilihan khalifah ketiga al-Rasyidin
  •  Seorang jutawan yang gigih ,Dermawan & Zuhud

SUMBANGAN ABD.RAHMAN AUF

  • Menyumbangkan barang keperluan yg dimuatkan di atas700 ekor unta utk penduduk Madinah
  • Menjual tanah dgn harga 40 ribu dinar & dibahagi kpd Bani Zuhrah, isteri-isteri nabi Muhammad & fakir miskin 
  •   Dalam Perang Tabuk
  • Ø  menyumbangkan 200 tahil emas,500 ekor kuda perang & 1500 ekor unta tunggangan
  • Ø  Mendermakan 400 dinar emas kpd setiap seorang bekastentera perang Badar yg masih hidup iaitu seramai 100 orang
  • Ø  Menyertai jihad dlm beberapa peperangan menentangmusuh Islam seperti Perang Badar, Uhud, Khandak &Tabuk 
  • Ø  Rela mempertahan & menyebarkan Islam hingga akhir hayat

FAKTOR KEJAYAAN ABDUL RAHMAN AUF

  1. Ø  Usaha yang gigih & tidak mengenal jemu
  2. Ø  Jujur & ikhlas dalam setiap kata-kata & tindakan
  3. Ø  Berniaga barangan dengan cara halal
  4. Ø  Mendermakan ke jalan Allah & tidak mengharap balasan
  5. Ø  Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah
  6. Ø  Zuhud iaitu tidak mementingkan kebendaan



KESAN KEPERIBADIAN ABDUL RAHMAN TERHADAP MASYARAKAT

  1. Ø  Berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilaksanakan
  2. Ø  Bersemangat tinggi & berwawasan
  3. Ø  Pemurah & Zuhud – hingga dapat membantumemperbaiki taraf hidup ahli masyarakat
  4. Ø  Bekerjasama & saling bantu-membantu antara satusama lain
  5. Ø  Dapat melahirkan umat yang maju dalam pembangunan Negara
  6. Ø  Berusaha ke arah kecemerlangan dunia & akhirat


MEMELIHARA KESUCIAN MUSHAF (ADAB TERHADAP AL-QURAN)

1.Berwuduk ketika menulis, memegang atau membacaAl-Quran.
2.Memuliakan mushaf Al-Quran dgn meletakkannya ditempat tinggi
3.Menutup aurat ketika membaca Al-Quran.
4.Memegang atau membawa Al-Quran dengan tangankanan.
5. Mencium Al-Quran selepas membacanya

TUJUAN BERADAB TERHADAP AL-QURAN

1.Kerana ia adalah Kalam Allah.
2.Merupakan panduan hidup kita.
3.Al-Quran tidak sama dengan kitab @ buku yang lain.
4.Untuk mengelakkan kemurkaan Allah.
5.Untuk menambahkan pahala dan keberkatan hidup.6.Hidup kita akan diberkati dan rahmati oleh Allah.

PERKARA YANG MENYALAHI ADAB TERHADAP AL-QURAN

1. Berhadas kecil atau besar ketika memegang mushaf Al-Quran
2. Mengoyak helaian-helaian mushaf Al-Quran
3. Menyimpan mushaf Al-Quran di tempat yang rendahseperti di atas lantai.
4. Menggantung khat ayat-ayat Al-Quran di tempat yangtidak sesuai seperti di dinding tandas.

ADAB MENCIPTA DAN MENJUAL SENI KHAT

  1. Penjual & pembeli khat mestilah dari kalangan orangIslam.
  2. Mesti teliti ketika menulis & mencipta khat agar tidak tertinggal walaupun satu huruf Al-Quran.
  3. Meletakkan bahan-bahan seni khat di tempat yangtinggi dan suci.
  4. Menjual barangan tersebut dengan harga berpatutan

ILMU

ILMU PENYULUH KEHIDUPAN (KEFAHAMAN AYAT 18 SURAH ALI~IMRAN )

PENGERTIAN ILMU & HUKUM ILMU

Dari segi bahasa ialah :Pengetahuan
Dari segi istilah ialah : Pengetahuansebenar terhadap sesuatu perkara

HUKUM MENUNTUT ILMU 

Wajib / Fardhu Ain

Dalil Al-Quran maksudya: "Menuntut ilmu difardukan kepada setiap muslim"

MARTABAT DAN KELEBIHAN ORANG BERILMU

  1. Ditinggikan darjah di sisi Allah.
  2. Dihormati oleh masyarakat.
  3. Dapat mengelakkan diri dari melakukan perkara yang tidak baik.
  4.  Boleh membezakan perkara buruk dan baik.
  5.  Bahagia di dunia dan di akhirat. 
  6.   Mendapat kedudukan yang baik dalam masyarakat.

CIRI-CIRI ORANG BERILMU

1. Ikhlas.
2. Tawaduk.
3. Beramal dengan ilmu.
4. Berkeyakinan diri.
5. Menyebarkan ilmu.
6. Menyelesaikan masalah.

AKIBAT TIDAK BERILMU

1. Berfikiran sempit dan bertindak melulu.
2. Sukar mengurus kehidupan.
3. Hidup dalam keadaan susah
4. Tidak dapat membezakan buruk dan baik.
5. Tidak dihormati oleh masyarakat.
6.  Rugi di dunia dan akhirat

PERANAN ILMU DALAM KEHIDUPAN

1 PERANAN ILMU KEPADA INDIVIDU

  1. Dapat menyedarkan kita tentang keesaan, kekuatan dankebijaksanaan Allah SWT melalui ciptaanNya yang unik dan menarik.
  2.  Dapat melaksanakan ibadah kepada Allah bertetapandengan kehendak syarak.
  3. Dapat menguasai kemahiran dalam pelbagai bidangseperti perubatan, arkitek, usahawan, teknologi,komputer dan lain-lain. 
2.PERANAN ILMU KEPADA  MASYARAKAT
  1. Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan perihatin.
  2. Memudahkan interaksi dalam kehidupan.

3. PERANAN ILMU KEPADA NEGARA

  1.     Membina kemajuan negara.
  2.     Disegani dan dihormati oleh dunia luar.

PENGAJARAN AYAT

  1. 1. Ilmu pengetahuan amat penting kepada setiap individumuslim untuk mengenal Allah SWT.  
  2.  Kewajipan menuntut ilmu berterusan sepanjang hayat.
  3. Masyarakat dapat mencapai kemakmuran hidup di duniadan di akhirat dengan menguasai ilmu fardhu ain danfardhu kifayah. 
  4. Masyarakat bukan Islam memandang tinggi kepadaumat Islam yang berilmu 

HIDAYAH & RAHMAH

HIDAYAH SUMBER KEHIDUPAN ( SURAH AL~IMRAN :8 ) PENGERTIAN HIDAYAH & RAHMAH

HIDAYAH
Dari segi bahasa ialah : Petunjuk.
Dari segi istilah Hidayah ialah : Petunjuk Allah SWTke arah kebenaran.

RAHMAH
Dari segi bahasa ialah : Belas kasihan.
Dari segi istilah ialah : Segala kebaikan yang Allahkurniakan kepada manusia
Seperti : tubuh badan yg sihat, minda yang cerdas dan  jiwa yang bersih.

CARA MEMPEROLEHI DAN MENGEKALKAN HIDAYAH 

1.Mensyukuri nikmat Allah SWT.
2.Yakin kepada kebenaran aqidah.
3.Berakhlak mulia dalam kehidupan.
4.Bersungguh-sungguh menimba ilmu.
5.Berdoa memohon pertolongan Allah.
6.Memelihara hubungan baik antara makhluk.
7. Melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahimunkar.
8. Mempertingkatkan ibadah seperti solat dan membaca al-Quran .

CIRI-CIRI ORANG MENDAPAT HIDAYAH

1.Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup.
2.Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh.
3.Senang menerima kebenaran.
4.Hidup dalam keadaan tenang dan gembira.
5.Mudah melakukan kebaikan.

AKIBAT TIDAK MENDAPAT HIDAYAH

1.Mudah kecewa apabila menghadapi kegagalan.2
.Berfikiran sempit dan bertindak melulu.
3.Susah menerima kebenaran.
4.Hidup dalam keadaan keluh kesah.
5.Sukar melakukan kebaikan.

PERKARA YANG MENGHALANG HIDAYAH ALLAH S.W.T

Meninggalkan ibadah-ibadah wajib seperti :
solat fardhu dan puasa Ramadhan 

Melakukan maksiat seperti :
berzina, minum arak, berjudi,derhaka kepada ibu bapa 

Memiliki sifat-sifat mazmumah seperti :
takbur, tamak,riak, sum’ah dan ‘ujub 
Tidak menghormati ibu bapa dan guru.

PENGAJARAN AYAT 

1.Hidayah ialah kurniaan Allah SWT kpd hamba-hamba-Nya.
2.Pintu hidayah dan rahmat Allah sentiasa terbuka luaskpd orang yang berusaha dan bersedia menerimakebenaran.
3.Doa ialah senjata penting umat Islam utk memperolehi hidayah Allah SWT.
4.Orang yang tidak mendapat hidayah Allah hidupnyatidak akan bahagia di dunia dan di akhirat.
5.Dosa boleh menghalang hidayah Allah.